Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hor.mat] | برحرمت

Definisi : mempunyai kedudukan yg dihor­mati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hor.mat] | برحرمت

Definisi : 1 memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2 diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Yang mana lebih tepat : " Yang Berhormat - Yang Berhormat Dato' " atau "Yang Berhormat Dato'- Dato' "... situasinya : terdapat ramai YB-YB yang bergelar Dato', di samping VIP bukan YB bergelar Dato'..Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sapaan yang betul ialah Yang Berbahagia Dato'-Dato', Yang Berhormat Dato' -Dato' ....Tatabahasa26.06.2012
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ?Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar  atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. Lain-lain22.02.2008
Salam, Apakah kata sapaan yang betul untuk Menteri Pendidikan? Adakah Yang Amat Berhormat (YAB) ataupun Yang Berhormat (YB)? Terima kasih.Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Berhormat ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri;.

Oleh itu, panggilan kehormat untuk Menteri Pendidikan ialah Yang Berhormat.
Tatabahasa01.07.2014
As salam. Jika saya ingin mengeluarkan surat kepada Yang Berhormat yang tidak mempunyai gelaran Dato' atau Datuk adalah saya boleh menulis "untuk perhatian Yang Berhormat Tuan" atau "untuk perhatian Yang Berhormat". terima kasih.Salam,

Penggunaan yang betul adalah untuk perhatian Yang Berhormat.
Lain-lain02.07.2015
Tuan, Bagaimanakah cara yang betul penulisan bagi singkatan Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berusaha, dan lain lain sebelum gelaran dan nama seseorang? Terima kasih.Singkatan bagi sapaan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia dan Yang Amat Berbahagia ialah YB, YAB, YBhg. dan YABhg., walau bagaimanapun Yang Berusaha dan lain-lain seperti Yang Dihormati lazimnya dieja penuh.Tatabahasa06.06.2012
1. Bagaimana membuat kata ulang (jamak) bagi: i. Yang Berhormat ii. Yang Berbahagia iii. yang Mulia 2. Ada penulis yang mencantumkan penulisan kata perintah SEBARLUASKAN, ada pula yang menceraikannya, seperti SEBAR LUASKAN. Mana satu yang betul? Sejauh ini saya mencantumkan bentuk kata perintah TINDAKLANJUTI kerana mengikut rumus transfomasi ayat dasar. Mohon khidmad nasihat.1.Kata ganda bagi sapaan ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berbahagia-Yang Berbahagia, Yang Mulia-Yang Mulia.  2. Sebar luaskan dieja berpisah, begitu juga dengan Tindak Lanjut,kecuali ada apitan awal dan akhir seperti menyebarluaskan.Ejaan12.09.2008
APA PERBEZAAN PENGGUNAAN BAGI YANG AMAT BERHORMAT DAN YANG AMAT BERBAHAGIA

Saudara,

Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Amat Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tun, Toh Puan dan isteri Yang di-Pertua Negeri

Tatabahasa15.06.2010
Betul atau salah ayat berikut: "mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato'..............". Sila beri penerangan yang jelas.Dari segi tatabahasa ayat "mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato'..." tidak lengkap kerana tiada subjek atau subjeknyanya digugurkan. Walau bagaimanapun frasa ini diterima dalam laras pengacaraan seperti yang lazim kita dengar dalam majlis-majlis rasmi.Tatabahasa05.03.2013
SALAM. SAYA KURANG FAHAM TENTANG PENGGUNAAN YANG BERHORMAT, YANG BERBAHAGIA,YANG BERUSAHA DAN BEBERAPA LAGI YANG BERKAITAN. TERIMA KASIH.Yang Berhormat (ditulis YB) ialah rujukan untuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri; Yang Berbahagia (ditulis YBhg.) ialah rujukan untuk individu yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri, Dato' Seri/Datuk Seri, Dato'/Datuk tetapi bukan wakil rakyat. Sapaan untuk Yang Berusaha lazimnya digunakan kepada pihak yang menganjurkan majlis/acara seperti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia, Mokhtar Mohd. Tohar/Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP.Lain-lain19.03.2010
penggunaan YH. (yang hormat) perlu diisi noktah atau tidak. contoh YH. atau YH sahaja. terima kasih.Istilah YH tiada dalam kata sapaan. Kata sapaan yang betul ialah Yang Berhormat.

Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Tatabahasa13.08.2015
123456

Kembali ke atas