Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhormat-hormatan, hormat-menghormati


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hormat1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ per­buatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); berhormat mempunyai kedudukan yg dihor­mati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; berhormat-hormatan, hormat-meng­hor­mati saling memberi hormat; menghormati 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pem­besar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~; kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: te­tamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; kehormatan 1. pemberian hormat (peng­hargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dike­bumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk me­nyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggi­an: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh ma­suk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; penghormatan perihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb; penghormat 1. yg menghormati; 2. yg di­buat (dipakai) kerana menghormati: barisan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas