Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan ini berhubung dengan penggunaan kata ganti tersebut dalam konteks penterjemahan bahasa Melayu kini. Terima kasih. Soalan ini berhubung dengan penggunaan kata ganti nama diri tersebut dalam konteks penterjemahan Al Quran ke dalam bahasa Melayu . Terima kasih.Dalam laras agama lazimnya kata ganti nama yang digunakan ialah aku, engkau, kami dan kamu atau kamu semua. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat yang persis, sila rujuk terjemahan al-Quran dan lihat bentuk kata ganti nama yang digunakan di dalamnya.Tatabahasa10.06.2013
Surat Kiriman Rasmi Berhubung dengan perkara di atas, saya, Lai Lee Chin, murid Tahun Enam Kenanga ingin memohon kepada pihak sekolah untuk tinggal di Asrama Puteri. Soalan: 1. Berhubung perkara di atas/ Berhubung dengan perkara di atas? 2. Selepas perkataan saya, perlu bubuh tanda koma? Kata Pemeri Soalan: Tugas doktor ialah/ adalah merawat pesakit. Terima kasih. Cikgu Tan dari Melaka.1. Berhubung dengan perkara di atas.
2. Perlu tanda koma. 
3. Tugas doktor merawat pesakit.
Tatabahasa18.05.2012
Salam. 1. Manakah ayat salah dan apakah rumusnya? a. ...boleh berhubung dengan saya di talian 0179040418 b. ...boleh berhubung dengan saya atas talian 0179040418 2. Manakah kedua-dua tajuk surat di bawah betul dan apakah rumusnya? a. URUSAN MEMBUKA TENDER KEBERSIHAN... b. PENGURUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN.. c. URUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN... Mesej yang dikehendaki adalah memaklumkan urusan membuka peti tender yang akan berlangsung.1. Ayat yang gramatis ialah ... berhubung dengan saya melalui talian ..., kata sendi nama di diikuti dengan tempat seperti di Kuala Lumpur dan kata atas menunjukkan keterangan tempat seperti atas meja.
2. Urusan Membuka Tender Kebersihan merujuk urusan perbuatan membuka tender, manakala Urusan Pembukaan Tender Kebersihan merujuk urusan proses atau peri hal perbuatan tersebut. Lazimnya dalam penamaan frasa dalam bentuk kata nama yang sering digunakan seperti Pembukaan Tender Kebersihan.
Tatabahasa06.11.2012
Siapa-siapa yang hendakkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah. Adakah penggunaan Perkataan "hendakkan" salah? Jika salah, apakah cadangan jawapan yang lebih tepat?Ayat yang betul ialah "Sesiapa yang hendak mendapatkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah."Tatabahasa04.07.2013
Saya sering keliru dengan pengendalian perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan Bahasa Melayu terutamanya dalam surat rasmi. Sekiranya saya perlu menulis sesuatu ayat seperti contohnya 1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies) pada 1.12020. ataupun 1a. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies-italic) Mana satu ayat yang betul? Ayat kedua 2. Saya telah menjalankan audit trail (italic) pada 1.1.2020 Mohon pandangan bagaimana menulis kata nama khas dalam Bahasa Inggeris ke dalam penulisan Bahasa Melayu? Adakah perlu dikurung dan dicondongkan dalam kurungan tersebut? Atau hanya dicondongkan tanpa kurungan?Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. Ayat yang betul seperti contoh yang diberikan ialah
1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama pada 1.1.2020
2. Saya telah menjalankan jejak audit pada 1.1.2020

Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama.

Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa10.07.2020
Adakah DBP menawarkan kursus bahasa melayu atau kelas terjermahan? Saya inging tahu tentang kelas-kelas yang ditawarkan. terima kasih.Bagi endapatkan maklumat berkenaan kursus bahasa Melayu, sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia DBP. Manakala bagi kursus terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210. Lain-lain01.08.2008
Berhubung dengan soalan mengenai perkataan cider sebelum ini. Bolehkah saya menulis dekat label makanan saya sebagai Minuman Berkarbonat Berperisa Cider atau Minuman Berkarbonat Berperisa Sider sebagai nama sebutan sebenar yang betulFrasa yang betul ialah Minuman Berkarbonat Berperisa SiderTatabahasa07.01.2020
Berhubung dengan surat rasmi. Surat ditujukan kepada sebagai contoh: Tn. Hj. Hailani Bin Surit Ketua Kampung Tok Muda Persoalannya : Di dalam isi kandungan surat tersebut, perkataan yang ingin ditujukan kepada beliau adalah sama ada menggunakan perkataan Tuan atau Tn. Hj? Perkataan yang manakah betul digunakan?Selamat ptg.
Kata sapaan ialah "Tuan Haji" bagi nama penuh, manakala dalam surat "tuan" sahaja. Sekian, terima kasih.
Istilah30.05.2016
Zulhelmi Zulkifli WED 14:43 Zulhelmi Zulkifli Zulhelmi Assalamualaikum. Boleh saya berhubung dgn dewan bahasa pustaka tingkat 27 ? berkaitan dengan design billboardWaalaikumussalam... Untuk berhubung dengan bahagian kewangan tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Arman Halim bin Abdullah melalui talian 03-2147 9056. Sekian terima kasihLain-lain18.01.2017
Assalamualaikum tuan/puan Berhubung dengan buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan arwah Cikgu Anuar Abdul Wahab terbitan tahun 1992. Diharap pihak tuan/puan dapat mengulang cetak buku berkenaan kerana kami generasi yang terkemudian tidak dapat menikmati hasil karya tulisan beliau. Ini dilihat sangat penting memandangkan beliau sudah tiada dan kami masih memerlukan seberapa banyak rujukan mengenai Silat Melayu. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi warisan bangsa kita Melayu. Izhar bin Mat Isa 850807-05-5143 Ampang, SelangorTerima kasih atas cadangan tuan. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain10.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas