Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.bu.ngan] | برهوبوڠن

Definisi : 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.bu.ngan] | برهوبوڠن

Definisi : saling berhubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan 'berhubungan' wujud atau tidak. dan apakah maknanya. Sekian, terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan berhubungan bermaksud 1. ada  sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan.

Istilah25.11.2009
Salam, saya ingin bertanya pendapat Munsyi sama ada kosakata/frasa berikut boleh dianggap sinonim untuk tujuan penulisan: berkaitan, berkenaan, berhubungan, tentang, mengenai, sehubungan dengan, merujuk kepada. Jika ada nuansa atau seumpamanya, harap berkongsi. Terima kasih.Perkataan berkaitan, berkenaan, berhubungan, tentang dan mengenai kadangkala boleh digunakan bersilih ganti, seperti berkenaan dengan perkara tersebut/berhubungan dengan perkara tersebut/tentang perkara tersebut/mengenai perkara tersebut, namun bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat. Contoh, bola itu mengenai (kena pada) kepalanya tidak boleh bertukar ganti dengan perkataan yang lain. "Sehubungan dengan itu" dan "merujuk" digunakan dalam konteks yang berbeza. Contoh Sehubungan dengan itu, tuan dipersilakan hadir dalam perbincangan tersebut. Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas.Tatabahasa13.10.2021
Saya nawawi Deeka belajar bahasa melayu dasar university fatoni ingin tertanya tentang bugu berhubungan degan sejarah fatoniUntuk makluman tuan, dalam rujukan kami, tiada buku  berhubungan dengan Sejarah Patani, Thailand.  Tuan juga boleh layari laman sesawang  DBP iaitu http://www.dbp.gov.my . Tuan boleh memilih judul-judul buku yang sesuai untuk tajuk tersebut. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya!   Lain-lain03.11.2015
Saya Suhairee chemalee sedang belajar bahasa Melayu dasar Universiti Fatoni ingin bertnya tentang buku yang berhubungan dengan Bahasa Melayu di Fatoni Terima kasihUntuk makluman puan, dalam rujukan kami, tiada buku  berhubungan dengan bahasa Melayu di Patani, Thailand. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan puan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Lain-lain03.11.2015
Saya Mawaddah Masae, sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. Ingin bertanya : Buku tengtang puisi melayu yang berhubungan dengan Selatan Thai.Terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada maklumat khusus berkenaan puisi yang berhubungan dengan selatan Thai dalam data kami. Kami mencadangkan puan boleh membuat rujukan di perpustakaan cawangan DBP atau Pusat Dokumentasi DBP, di Menara DBP.Lain-lain24.10.2013
Penggunaan ayat yang manakah sesuai? "...dalam menguruskan" atau "...untuk menguruskan" Contoh:- (1) Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis dalam menguruskan perkara yang berhubungan dengan Riqab menurut Peraturan-Peraturan ini; atau (2) Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis untuk menguruskan perkara yang berhubungan dengan Riqab menurut Peraturan-Peraturan ini.Ayat yang betul ialah Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis untuk menguruskan perkara yang berhubung dengan Riqab menurut Peraturan-peraturan ini.Lain-lain16.02.2021
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar. Universisti Pattani, ingin Bertanya DBP;apakah kata depanyang terdapat d iDBP yang Berhubungan dengan Wilayah SATUN.Thailand.Terima kasih.Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya.

Subgolongan kata depan seperti yang berikut,

a. kata depan tempat
b. kata depan arah
c. kata depan waktu
d. kata depan perhinggaan
e. kata depan penyertaan
f. kata depan alat
g. kata depan gaya
h. kata depan manfaat
I. kata depan agentif
j. kata depan ligature dan pengantar judul
k. kata depan kiasan
l. kata depan penafian
m. kata depan pengecualian

Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa12.11.2013
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar,Universiti Pattani, Thailand,ingin Bertanya DBP;apakah Buku yang terdapat di DBP yang Berhubungan dengan Wilayah Satun Thailand.Terima Kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Wilayah Satun, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand.Lain-lain05.11.2013
Saya patma belajar bahasa melayu ingin bertanya isi puisi yang berhubagan dengan patani SelatanThai. terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada maklumat khusus berkenaan puisi yang berhubungan dengan selatan Thai dalam data kami. Kami mencadangkan puan boleh membuat rujukan di perpustakaan dan Pusat Dokumentasi DBP, di Menara DBP.Lain-lain24.10.2013
Kami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. munsyi, apakahkesalahan ayat ini? TKKami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. 
Perundangan
1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam

Undangan
1 orang yg diundang. 2 jemputan atau panggilan utk datang: kad ~ kad jemputan.

Kami telah menerima undangan ke majlis pertunangan anaknya.


Tatabahasa21.09.2012
1234

Kembali ke atas