Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.jung] | برهوجوڠ

Definisi : 1. ada hujungnya, mempunyai hujung: antara batu yg banyak itu ada sebuah yg ~ tajam; tidak ~ terus-menerus (tidak berkesudahan); ~ berpangkal ada tujuan yg tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dll); 2. berakhir (pd), berakibat (pd): perun­dingan yg ~ kpd perdamaian; ~ minggu berehat (bersenang-senang) di hujung minggu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.jung] | برهوجوڠ

Definisi : ada hujungnya; mempunyai hujung: tongkat yg ~ tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,

Peribahasa

Mana tali berpunca tak berhujung?

Bermaksud :

Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Belum BerhujungSuhaimi Mohd. SallehJelita1 June 1997
Jalan tak berhujungPyan HusaynDewan Sastra15 July 1974
Cabaran yang tidak berhujungA.F. YassinDewan Masyarakat15 July 1980
Dan Sehingga Malam Pun Berhujung Dairi Ini Masih Juga Belum BertulisApa-ApaLim Swee TinWanita1 October 1978

Kembali ke atas