ANGGUR | Anggur ialah sejenis buah beri berkulit licin dan berair yang tumbuh menjalar. Anggur tumbuh dalam gugusan yang menghasilkan enam hingga 300 beri. Beri ini mungkin hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, atau putih, bergantung pada jenis pokoknya. Lebih daripada 65 juta metrik tan anggur dituai setiap tahun di seluruh dunia. Kira-kira 80 peratus jumlah tanaman ini digunakan untuk membuat wain. | UMUM | |
SEMOQ BERI | SEMOQ BERI, suku kaum Orang Asli yang mendiami sempadan Kelantan, Pahang dan Terengganu. Semoq Beri secara umumnya bermaksud Orang Hutan. “Semoq’ bermaksud orang dan ‘beri’ bermaksud hutan. Orang Semoq Beri juga terdapat di Perak dan Selangor tetapi bilangannya terlalu kecil. Menurut banci penduduk tahun 1990, orang Semoq Beri berjumlah 1080 orang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
DEWBERI | Dewberi ialah buah yang kecil berbentuk bujur yang tumbuh pada pokok beri hitam yang melata. Tidak seperti beri hitam lain yang tumbuh pada pokok renek yang tegak, Dewberi tumbuh pada dahan yang panjang dan kecil yang menjalar di tanah. Warnanya hitam atau berbagai-bagai warna merah. Setiap buahnya terdiri daripada segugus buah kecil yang dikenali sebagai drupelet. | UMUM | |
KRANBERI | Kranberi ialah beri merah, masam, bulat atau bujur yang tumbuh pada pokok menjalar malar hijau. | UMUM | |
KISMIS | Kismis ialah beri kecil yang tumbuh pada pokok renek yang rimbun. Buah kismis berbentuk bulat, berkulit licin, dan berasa masam. Warnanya termasuk hitam, merah, keemasan, dan putih. Pokok kismis tumbuh subur di kawasan utara yang cuacanya sejuk dan lembap. | UMUM | |
MULBERI | Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain. Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh angin. | UMUM | |
RASPBERI | Raspberi ialah pokok bangkut yang berduri yang mengeluarkan buah yang kecil, bulat dan sedap. Setiap buah, juga dikenali sebagai beri , terdiri daripada sejambak sel, yang dinamakan druplet , yang kelihatan seperti manik kecil. Druplet adalah sebahagiannya keras, dan sebahagiannya berisi, dan tumbuh di sekeliling satu empulur yang dikenali sebagai pudung . | UMUM | |
BOYSENBERI | Boysenberi ialah sejenis beri hitam. Buahnya yang masam, banyak jusnya, berwarna merah wain hingga hampir hitam tumbuh pada pokok menjalar. | UMUM | |
BUAH KIWI | Buah kiwi ialah sejenis beri yang mempunyai kulit berbulu gebu berwarna perang dan berbentuk seperti telur. | UMUM | |
ALLSPICE | Allspice ialah sejenis rempah berperisa menyamai gabungan kayu manis, cengkih, dan buah pala. Allspice kadangkala dinamai lada Jamaica atau pimento . Ia diperoleh daripada buah beri yang belum matang daripada pokok pimento. | UMUM | |