Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beri;

Puisi
 

Pada beri baik jangan,
     Budak bodoh buat teman;
Kalau takut luka di tangan,
     Tak boleh petik bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(26)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak.
Kurik Kundi Merah SagaPada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaAnak labi makan mengecap, Beri makan kelopak jantung; Pada nabi saya mengucap, Pada Tuhan saya bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaGulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari.
Kurik Kundi Merah SagaTumbuk tepung buat lepat, Beri santapan Raja Cina; Saya kepung harap mendapat, Saya tak tahu orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaJika adinda makan gelagah, Beri kami buku-bukunya; Jika adinda beranak tengah, Bagi kami buku bongsunya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik anak angsa, Beri mandi kolam dalam; Kain batik baju kasa, Boleh tidak jalan malam.
Kurik Kundi Merah SagaMeranti kayulah meranti, Mari dirintis beri bertali; Belum dapat belum berhenti, Di dalam hati berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaBubuh di atas dulang suasa, Beri minum ratu Majapahit; Mustahil kan hilang penyakit cinta, Jika tak dapat tidur pun sakit.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berumur kamek jeramek, Saja dinding beri belanja; Apa dicemas kepada kamek, Hidup miskin kurang berharta.
123

Kembali ke atas