Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (béri) 1. sj tumbuhan (herba dan buah), Fragaria spp.; 2. sj buah yg menyerupai buah Fragaria spp. (spt tomato, limau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya; memberikan 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; pemberian 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; pemberi 1. orang yg memberi; ~ sewa orang yg pendapatannya terdiri drpd hasil sewa tanah (rumah dll); 2. suka memberi, murah hati; 3. sl pemberian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memberi 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. memberikan menyerahkan sesuatu kpd: Saya ~ buku itu kpd adik saya. pemberian 1 apa-apa yg diberikan: Ia enggan menerima ~ orang tuanya itu. 2 perbuatan memberikan; penyampaian: Majlis ~ hadiah itu telah dilakukan pd sebelah petang. pemberi orang yg memberikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; memberi mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beri

Puisi
 

Pada beri baik jangan,
     Budak bodoh buat teman;
Kalau takut luka di tangan,
     Tak boleh petik bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(26)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beri-beriberi-beriBiologiEkologiSatu bentuk polyneuritis, iaitu kerosakan saraf periferi yang menyebabkan lumpuh, yang terjadi pada mamalia, burung, dan mungkin juga haiwan lain disebabkan oleh kekurangan vitamin B. Penyakit ini sering terjadi ketika kebuluran dan boleh menjadi salah satu faktor kawalan semula jadi haiwan.
wet beri-beriberi-beri basahPerubatanTiadaTiada
thiaminetiaminaPerubatanTiada1. Vitamin B Kompleks dan larut air yang menyebabkan beri-beri jika kekurangannya.
avitaminosisavitaminosisGerontologiTiadaKeadaan atau penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin dalam diet. Contohnya, penyakit skurvi atau beri-beri.
avitaminosisavitaminosisPerubatanTiadaKeadaan atau penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin di dalam diet. Misalnya, penyakit skurvi atau beri-beri.
thiaminetiaminaMakanan dan PemakananPemakananSalah satu daripada vitamin B kompleks. Vitamin ini terdapat dalam sayuran hijau, jagung dan kuning telur. Kekurangan vitamin ini mengakibatkan penyakit beri-beri.
deficiency diseasepenyakit kekuranganMakanan dan PemakananPemakananKeadaan apabila kekurangan nutrien tertentu dalam diet terutamanya vitamin dan mineral. Keadaan ini berpunca daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi, masalah penghadaman atau penyerapan nutrien. Contohnya, pelagra, beri-beri dan skurvi.
thiaminetiaminaVeterinarTiadaVitamin larut air dan tergolong dalam kumpulan vitamin B. Vitamin ini diperlukan dalam metabolisme karbohidrat dan bertindak sebagai koenzim karboksilase. Vitamin ini juga penting untuk mengekalkan selera makan, membantu kekejalan otot dan kesempurnaan fungsi saraf permukaan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan penyakit beri-beri, anoreksea dan polineuritis. Sumber yang baik diperoleh daripada hasil sampingan gandum, dedak padi, yis, kekacang dan dedaun hijau. Sinonim vitamin B1.
deficiency diseasepenyakit kurang zatBiologiFisiologiKeadaan patologi pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, disebabkan kekurangan beberapa bahan nutrien yang penting contohnya penyakit reput perdu disebabkan kekurangan boron, atau pada mamalia disebabkan kekurangan vitamin, seperti kekurangan vitamin A menyebabkan pertumbuhan yang tidak sempurna, kekurangan vitamin B1 menyebabkan penyakit beri-beri dan sebagainya.
berryberiBiologiEkologiBuah benar yang terbentuk daripada bunga berovari superior, seperti pisang. Beri mempunyai perikarpa yang terdiri daripada epikarpa yang nipis, serta mesokarpa dan endokarpa yang tebal dan berlendir. Biasanya beri mengandungi banyak biji, seperti tomato dan betik, tetapi ada juga yang berbiji tunggal, seperi buah pala.
12345678910...

Kembali ke atas