Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ria.ni] | برياني

Definisi : nasi yg dimasak dgn rempah-rempah (lauk, minyak sapi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beriani


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beriani atau brianiberiani puEjaan11.05.2011
Perkataan *beriani tiada tanda pecahan suku kata. Adakah *be.ri.a.ni empat suku kata? atau *be.ria.ni tiga suku kata? Mengikut ejaan jawi *ba+ra jadi *ber, *ya+alif jadi *ya, dan *nun+ya jadi *ni - tiga suku kata. Tapi *be.ri.a.ni berlaianan ejaannya, kecuali *ber.ya.ni baru menepati ejaan jawi. Mengikut penggalan bunyi seperti ejaan kemasukan *be.ri.a.ni adalah empat suku kata.

Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan pihak tuan. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata bagi "beriani" ialah be.ria.ni dan ejaan Jawi yang betul ialah "برياني".


Lain-lain26.06.2022
Kedai Makan yang menggunakan ejaan seperti " Nasi Beriani Ayam" sahaja di papan iklan adakah ianya sesuai diguna pakai?. TKUntuk makluman tuan, setiap papan iklan perniagaan yang hendak dipasang di premis perniagaan perlu merujuk garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. Secara umumnya, maklumat yang perlu ada bagi visual papan tanda premis kedai makan ialah keterangan aktiviti perniagaan contohnya, RESTORAN/ KAFE / KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN di bahagian paling atas sebelah kiri, nama kedai:  HAFIZ CORNER (di bahagian tengah ) dan keterangan tambahan jika ada  contohnya,  Nasi Beriani Ayam (di bahagian bawah nama kedai). Lain-lain13.01.2021
Tolong nyatakan ejaan sebenar untuk perkataaan nasi briyani kerana tidak ada dalam daftar kata Kamus Dewan.Ejaan sebenar ialah "Nasi Beriani". Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan23.10.2014
Yang mana satukah lebih tepat: nasi biryani atau nasi briyani? Terima kasih.
Ejaan yang betul nasi beriani
Ejaan07.01.2021
Saya masih menantikan jawapan kepada soalan yang diajukan pada Sabtu, 25 Jun 2022. Mengikut piagam pelanggan Khidmat Nasihat DBP soalan akan dijawab dalam tempoh dua (2) hari. Hari ini sudah menjangkau 20 hari dan soalan masih belum menerima sebarang maklum balas dari pihak tuan.

Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan pihak tuan. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata bagi "beriani" ialah be.ria.ni dan ejaan Jawi yang betul ialah "برياني".

Lain-lain14.07.2022

Kembali ke atas