Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.ri.bé.ri] | بيريبيري

Definisi : (béribéri) sj penyakit akibat kekurangan vitamin B1, yg menjejaskan saraf, menyebabkan sakit, bengkak, dan lumpuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.ri.bé.ri] | بيريبيري

Definisi : /béribéri/ sj penyakit bengkak-bengkak pd kaki kerana kekurangan vitamin B. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beriberi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
beriberi/béribéri/ sj penyakit bengkak-bengkak pd kaki kerana kekurangan vitamin B.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beriberi(béribéri) sj penyakit akibat kekurangan vitamin B1, yg menjejaskan saraf, menyebabkan sakit, bengkak, dan lumpuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebar II1. berasa kebas, kesemutan; 2. beriberi.Kamus Dewan Edisi Keempat
cangkeringsj tumbuhan (pokok yg akarnya dibuat ubat beriberi), Erythrina fusca.Kamus Dewan Edisi Keempat
untut1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkit­an cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis; harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak mem­perelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum.Kamus Dewan Edisi Keempat
basalsj penyakit bengkak-bengkak pd badan atau sembap (kerana sakit beriberi).Kamus Dewan Edisi Keempat
vitamin B1salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menye­babkan penyakit beriberi;Kamus Dewan Edisi Keempat
tiaminasj vitamin B kompleks yg terdapat pd sayuran hijau, jagung, kuning telur dan hati, yg kekurangannya boleh mengakibatkan penyakit beriberi, vitamin B1.Kamus Dewan Edisi Keempat
vitaminbahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dll; ~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak ikan, hati, telur, susu, dll); ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menye­babkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya me­nyebabkan penyakit pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan sj penyakit anemia; ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak ter­dapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~ D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk mening­katkan daya penggumpalan pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas