Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beribu 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata bilangan ini betul? 1. Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium.Ayat "Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium." adalah betul.Tatabahasa09.05.2012
1. berjuta kali atau berjuta-juta kali ? 2. beribu orang atau beribu-ribu orang ? 3. setinggi tahniah atau setinggi-tinggi tahniah ?

1. Berjuta dan berjuta-juta sama maknanya, iaitu beberapa juta. Begitu juga dengan  beribu dan beribu-ribu.

3. Yang betul ialah setinggi-tinggi tahniah (setinggi bermaksud sama tinggi).

Tatabahasa16.09.2010
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya kepada tuan tentan skalan tatabahasa. 1. Adakah beribu-ribu sama maksud dengan ribuan? contoh:beribu-ribu penonton = ribuan penonton. Adakah kedua-dua frasa ini betul? 2. Kedua-dua orang murid atau kedua-dua murid Frasa yang manakah adalah betul? Adakah kedua-dua perlu menambah penjodoh bilangan? 3. a. Hobi saya ialah membaca buku. b. Hobi saya adalah membaca buku. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan ? Terima kasih atas bantuan.

JAWAPAN 1
Beribu-ribu sama maksud dengan ribuan. Walau bagaimanapun, frasa yang tepat ialah "ribuan penonton." Jika frasa "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton.

 

JAWAPAN 2
“Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua orang murid” atau “kedua-dua murid” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang murid" lebih gramatis.

 

JAWAPAN 3 

Ayat yang betul ialah “Hobi saya membaca buku.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264.

Tatabahasa05.03.2024
Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. Yatim = kematian bapa 2. Piatu = kematian ibu bapa 3. Yatim piatu = kematian ibu bapa soalan saya, kematian ibu sahaja = ?

Salam sejahtera saudara Sham,

Anak yatim juga digunakan untuk anak yang tidak beribu merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu anak yang tidak berbapa dan (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa.

Sila layari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=yatim untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

Makna01.10.2012
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak tiga setengah ringgit untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam, " kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. 5. Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam.

1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 1">

2. Ketua tingkatan meminta semua murid di dalam Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak RM3.50 untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. –  Kelas merupakan bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka penggunaan yang betul ialah frasa di dalam.1">

3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam," kata Johari kepada rakan baiknya. 1">

4. Pemaju perumahan itu bankrap sehingga menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. - Sehingga dalam ayat tersebut bermaksud sampai menjadi, iaitu sesuatu berlaku dan mengakibatkan sesuatu yang lain. 1">

5. Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. – Penggunaan beribu-ribu betul kerana menunjukkan beberapa ribu atau banyak ribu. Manakala perkataan beribu merujuk kepada mempunyai ibu atau menanggap sebagai ibu.1">

Tatabahasa11.11.2020
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih.Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai  1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (ke­adaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah­ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun.Makna19.02.2009
Bolehkah tuan cuba pastikan ayat ini gramatis? Ibu bapa telah membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk pendidikan kita, justeru wajarlah kita belajar dengan bersungguh-sungguh. Adakah kata penanda wacana 'justeru"dalam ayat ini digunakan dengan betul?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru sebagai penanda wacana penghubung boleh digunakan dalam ayat ini yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.Tatabahasa20.05.2010
Rose Merah Nov 28th, 1:36am Salam sejahtera, sy ada sedikit soalan, apakah peranan subjek bahasa melayu di sekolah? Jika subjek agama berperanan bagi mendidik akhlak dan mengenal hukum , jika subjek sejarah adalah bagi melahirkan masyarakat yg tahu tentang peristiwa2 penting bagi membentuk suatu kesedaran dan pengajaran serta boleh menjadi alat kepada buah fikiran masyakat dlm suatu keadaan, matematik digunapakai , dipraktikkan bagi urusan kira2 dalam kehidupan harian, tp bagaimana pula dgn peranan subjek bahasa melayu? Bukankah orang melayu sememangnya tahu berbahasa melayu? Pembelajaran adalah kaedah bagi merubah ketidaktahuan kepada pengetahuan, dan apabila sy yg yakin, sememangnya ada peranan subjek bahasa melayu tersebut dalam kehidupan harian,bukan hanya sekadar memperkenalkan apa itu 'bahasa melayu' bukan? Apa yang saya nampak disini , ramai penulis2 muda yang menulis tanpa mengambil berat mengenai tatanan kata2, tatabahasa rosak, dan bagi mereka ianya tidak penting , dan sy percaya, ketaksedaran inilah yang menjadi alasan mengapa subjek bahasa melayu diperkenalkan disekolah. Jadi, saya harap tuan/puan beri pencerahan kpada sy, apa lagi peranan subjek ini kepada masyarakat terutama kepada sy yg cintakan 'bahasa ibunda' ini.Bahasa merupakan wadah atau alat untuk menyampaikan buah fikiran atau dalam maksud yang lebih luas bahasa merupakan alat menyebarkan ilmu. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa pengungkap peradaban dalam sebuah tradisi ilmu agung yang berkembang beribu-ribu tahun lamanya. Sistem pendidikan negara yang berbahasa pengantar bahasa Melayu telah membentuk suatu kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai, dan pandangan sarwa dalam kalangan generasi muda Malaysia, selain terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Penulis terkenal dalam bahasa Melayu merupakan “seniman” yang menggunakan perkataan, ayat dan tanda baca. Seni penulisan menjadi ujian dan ukuran kepintaran seseorang penulis melahirkan buah fikirannya. Dalam hal ini, kemahiran berbahasa Melayu tinggi amat penting bagi menjamin kelestarian berbahasa. Apa-apa jua bahan yang didokumenkan pada masa kini, termasuklah penulisan dan penerbitan dalam pelbagai genre akan menjadi citra kepada generasi yang akan datang dalam menilai keutuhan pembinaan tamadun bangsa. Maka, di sinilah letaknya kepentingan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu telah berjaya dan terbukti dalam mengungkapkan segenap bidang ilmu termasuklah matematik, sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan, pengurusan, kedoktoran, undang-undang, perakaunan dan diplomatik.Lain-lain28.11.2015
Salam. Soalan saya tentang standard penulisan buku untuk tujuan terbuka di pasaran. 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? satu atau dua? Jika dua kali space ia mengikut gaya penulisan mana ya? 2. selepas () buka dan tutup kurungan perlu space atau tidak 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. 5. Terima kasih

1.    Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? 1">

Perlu satu ruang (space). Contohnya, 1">

         Sikap remaja yang mementingkan keseronokan sehingga mengabaikan arahan ibu bapa ditegur oleh Nur Munirah Zaid dalam cerpen “Serba Salah”. Selepas berlaku kejadian yang tidak xxxxx 1">

1"> 

2.     Selepas  buka dan tutup kurungan () perlu space atau tidak?1">

Perlu satu ruang, Contoh (sijil) jarakkan satu ruang kata1">

“Pengorbanan” karya Nik Aifatiyah Nik Mustapha (Aifatiyah Mustapha) mengisahkan seorang remaja lelaki xxxxx1">

1"> 

3.    Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut..1">

Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi:

1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat:

Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri.

2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.

Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung.

3. Menggantikan perkataan "hingga"

Jun - Oktober
Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980

Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk:

1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan

k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g

2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.

"M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup.

3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi.

03-2481011 3016280-07-1

4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.

Indo-Belanda anglo-China

5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas.

anti-Rusia

6. Menunjukkan kata ganda.

beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil

7. Pelbagai fungsi.

Ulang tahun ke-251">

1"> 

1"> 

4.     ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. 1">

Perlu satu ruang (space). Contohnya,

“Permata Zamrud Ibu” oleh Noor  Haklimaa Ahmad Zikri pula mengisahkan ketabahan seorang ibu1">

1"> 

Lain-lain10.06.2017
Maaf kerana menggangu anda. Saya ingin bertanya tentang satu soalan. Apakah perbezaan antara perkataan "mendapat" dan "mendapatkan"? Selepas penambahan akhiran -kan kepada perkataan mendapat, apakah pula perbezaannya? Bagaimanakah penggunaan kata mendapat dan mendapatkan? Tolong berikan ayat contoh untuk saya menjelaskan perbezaan perkataan mendapat dan mendapatkan ini. Sekian, beribu-ribu terima kasih saya ucapkan kepada tokoh bahasa Melayu yang saya sanjung. Tambahan pula, antara perkataan menyanjung (sanjung) dengan menyanjungi (sanjungi), apakah perbezaan maksudnya?

Kata mendapat sebagai bentuk terbitan daripada kata dapat mempunyai erti yang berbeza dengan kata “dapat”.  Kata mendapat bererti “menerima atau beroleh”. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

1.   Saya sudah mendapat maklumat yang saya perlukan.

2.   Para pekerja mendapat upah daripada titik peluh mereka.

Kata mendapatkan mempunyai makna-makna yang lain. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

1.   Anak kecil itu segera mendapatkan ibunya apabila dipanggil.  (mendapatkan bererti “pergi kepada”)

2.   Kamsiah mendapatkan adiknya pakaian yang digemarinya.  (mendapatkan bererti “mendapat atau beroleh sesuatu untuk orang lain”)

3.   Untuk mendapatkan hasil yang lumayan, kita perlu berusaha. (mendapatkan bererti “berusaha memperoleh sesuatu”).

Sila rujuk buku Kamus Dewan untuk memahami makna setiap perkataan.

 

Makna27.04.2014
12

Kembali ke atas