Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beribu 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA))Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia BaratSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA.
chromatophorekromatoforBiologiHistologi dan Sitologi1. Plastid haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang berwarna, biasanya terdapat pada lapisan luar (kulit). 2. Lamela bak piring bergaris pusat kira-kira 50 mm yang mengandungi pigmen fotosintesis. Beribu-ribu kromatofor didapati terselerak di dalam sel bakteria fotosistesis. Struktur kromatofor ini sama dengan struktur kloroplas pada tumbuh-tumbuhan tinggi. 3. Sel di dalam sitoplasma yang mengandungi pigmen dan apabila mendapat kawalan sistem saraf simpati boleh mengubah bentuknya dan menghasilkan perubahan warna haiwan. Contohnya, bengkarung dan katak akan menukarkan warna kulitnya dengan mengubahkan kepekatan atan taburan pigmen di dalam selnya. Kromatofor haiwan dikenali sebagai melanofor, iridifor dan xantofor.

Kembali ke atas