Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ikh.tiar] | براختيار

Definisi : berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ikh.tiar] | براختيار

Definisi : mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhtiar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan daya, upaya, usaha, jalan, akal;,
Kata Terbitan : berikhtiar, mengikhtiarkan,

Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Atlantic CharterPiagam AtlantikSains PolitikHubungan AntarabangsaPiagam yang dipersetujui pada tahun 1941 hasil pertemuan antara pemimpin British, Winston Churchil dengan Presiden Amerika, Roosevelt. Piagam ini menggariskan asas politik kedua-dua buah negara. Prinsip piagam adalah seperti yang berikut: i. kedua-dua kuasa tidak bertujuan untuk memperluas wilayah masing-masing; ii. mereka tidak berniat untuk mengubah ruang wilayah yang tidak diingini oleh rakyat negara berkenaan; iii. mereka menghormati hak semua bangsa untuk menentukan bentuk pemerintahannya. Hak kedaulatan dan pemerintahan sendiri yang dirampas secara kekerasan harus dikembalikan semula kepada rakyat negara yang berkenaan; iv. mereka akan berikhtiar memajukan perhubungan baik antara semua bangsa, tanpa mengira negara besar atau kecil, bangsa yang kalah atau yang menang, dan juga akan berusaha memajukan perdagangan dan bahan mentah dunia atas dasar persamaan yang diperlukan bagi kemakmuran ekonomi; v. mereka akan berusaha memajukan kerjasama sepenuhnya bagi kesemua negara dalam bidang ekonomi, memperbaik kedudukan buruh, dan jaminan keselamatan sosial kepada semua; vi. mereka mengharapkan semua bangsa harus dapat hidup dengan aman dalam negara masing-masing serta harus bebas daripada ketakutan dan kemelaratan selepas keruntuhan tirani Nazi; vii. semua lautan harus bebas daripada sebarang rintangan atau halangan; dan viii. kesemua negara mesti menghentikan tindakan pemaksaan terhadap pihak lain. Negara yang melakukan pencerobohan terhadap pihak lain harus dicegah untuk menjamin keamanan sejagat.

Kembali ke atas