Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.kut.ri.kut]/[ber.i.kut.i.kut] | برايکوت - ايکوت

Definisi : berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah menggunakan ayat berikut untuk bilik fail sulit " SILA MASUK DENGAN KEBENARAN "Frasa tersebut betul tetapi terlalu terikut-ikut dengan terjemahan daripada bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah SILA MASUK SETELAH MENDAPAT KEBENARAN atau DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN.  Tatabahasa14.10.2009
Apakah kesalahan ayat-ayat yang berikut? 1. Diakah yang melukis mural yang cantik itu? 2. Apatah nasib keluarga Mukhsin. 3. Jika Farid pergi ke Melaka, adiknya pun ingin ikut sama. 4. Duit simpanan saya lagi tinggal RM200.Ayat pertama dan kedua betul.

Berikut ayat yang betul setelah dipinda bagi ayat kedua dan keempat.
1. Apatah nasib keluarga Muksin?
2. Duit simpanan saya tinggal lagi RM200.
Tatabahasa10.07.2013
Saudara, Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Kalau tidak, apakah kesalahannya? 1. Adalah menjadi kesalahan sekiranya menjual rokok kepada kanak-kanak. 2. Mak Temah terkejut dan pengsan apabila terdengar bunyi letupan. 3. Razak membawa hatinya ikut suka ke mana sahaja. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Encik Lim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ayat ini (1) adalah ayat kenyataan/pemakluman jadi ayat tersebut betul walaupun ayat ini menggunakan perkataan adalah pada permulaan ayat. Ayat kedua perkataan dan seharusnya diganti dengan perkataan lalu. Manakala ayat ketiga sepatutnya ditulis. Razak membawa diri mengikut kata hatinya.

Terima kasih.

Tatabahasa17.01.2010
Dari segi tatabahasa, adakah 'ambil berat' patut dibubuh imbuhan meN- dalam ayat-ayat berikut dalam konteks penulisan? 1) Pak Su ambil berat akan anak-anaknya. 2) Kita patut ambil berat terhadap warga tua. Jika dibubuh imbuhan, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' perlu digugurkan? (ikut prinsip kata kerja transitif)Ayat yang gramatis ialah "Pak Su mengambil berat perihal anak-anaknya" dan "Kita patut mengambil berat perihal warga tua". Mengambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud memberikan perhatian yang istimewa. Manakala dalam konteks kata kerja transitif kata kerja mengambil perlu diikuti langsung oleh objek yang terdiri daripada kata nama seperti "buku" dan "bola" menjadi "mengambil buku" dan "mengambil bola". Kata sendi nama "akan" pula perlu didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu, kata sendi nama "akan" digugurkan dalam ayat contoh tersebut.Tatabahasa05.06.2013
saya berminat utk menghasilkan buku untuk kanak - kanak. bagaimana cara untuk menerbitkan buku bawah DBP? apakah prosedur yg perlu saya ikut? apakah contoh buku kanak - kanak yg terbaik yg boleh dijadikan panduan?

Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap(beserta maklumat diri) untuk penilaian pihak kami ke alamat berikut:

Ketua

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan

 Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja(PURNAMA),

Tingkat 21, Menara DBP,

 Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kula Lumpur

Pihak kami akan menghubungi anda untuk memberikan nasihat dan bimbingan sekiranya perlu. 

Tiada contoh khusus untuk buku kanak-kanak yang terbaik kerana setiap buku ada kelebihan dan kekurangan.

Sebagai panduan, aspek berikut digunakan untuk menilai mutu dan kesesuaian buku kanak-kanak:

1. Judul, tema, jalan cerita, watak, latar cerita, keaslian cerita.

2. Isi seperti unsur intelektual, emosi, hiburan, nilai murni, etika, mesej atau pengajaran.

3. Fizikal buku seperti ilustrasi, reka bentuk kulit dan halaman, saiz buku, jenis kertas.

Lain-lain10.06.2010
9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka Apakah jawapan untuk soalan-soalan berikut? 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka   7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami

1.   "Ampun patik tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.

2.   " Sebagai tentera, kami berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.

3.   "Sebagai murid, kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.

4.   Mari kita ikut saya ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.

Tatabahasa09.05.2014
Cikgu, cikgu menyetujui pernyataan guru saya bahawa selepas "menanyakan" perlu meletakkan objek tidak bernyawa, tetapi cikgu mengatakan bahawa "menanyakan" bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada, dan cikgu juga memberikan ayat contoh seperti yang berikut: "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Tetapi cikgu bukan juga menyetujui pernyataan "selepas 'menanyakan' kena dihadiri sengan objek tidak bernyawa"? Akan tetapi dalam ayat cikgu, selepas menanyakan dihadiri dengan "doktor" iaitu objek bernyawa. Cikgu bukan mengatakan bahawa selepas "menanyai" kena meletakkan objek bernyawa, dan selepas "menanyakan" kena meletakkan objek tidak bernyawa? Nak ikut maksud yang mana, maksud yang pertama: "menanyakan" bermaksud bertanya sesuatu kepada", maksud yang kedua: selepas "menanyakan" dikehendaki meletakkan objek tidak bernyawa.Dalam halaman 194 dan 200, buku Tatabahasa Dewan menjelaskan bahawa pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-…-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat aktif. Contohnya, Saya menanyakan dia tentang keadaan kesihatan ibunya.Tatabahasa02.05.2014
Salam sejahtera, Apakah nama-nama simbol seperti @, #, &, *, -, _, / dan lainnya dalam Bahasa Melayu? Terima Kasih. NAIMJALILDalam buku Gaya Dewan tanda baca atau simbol yang diberi nama dan ada fungsinya tersendiri dalam penulisan adalah seperti yang berikut: ( - ) ialah sempang dan ( / ) ialah garis miring; simbol yang lain tidak ada dalam buku ini tetapi lazimnya ( _ ) dikenali sebagai garis bawah, ( * ) bintang, ( # ) garis silang; manakala simbol ( & ) bermaksud dan dan simbol ( @ ) bermaksud atau dan di (ikut kesesuaian konteks penggunaannya).Lain-lain26.01.2011
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan.

Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir.

Tatabahasa10.10.2011
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
12

Kembali ke atas