Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.ri.lium] | بيريليوم

Definisi : (bérilium) (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi yg ringan dan tahan kakis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.ri.lium] | بيريليوم

Definisi : /bérilium/ ist sj unsur logam, berbentuk pepejal, berwarna kelabu dan ringan yg digunakan utk membuat aloi yg ringan dan tahan kakis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berilium


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksud perkataan amalgamasi?Tiada kata amalgamasi dalam pangkalan data kamus dan istilah DBP.

Terdapat kata amalgam dan kata terbitannya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) seperti yang berikut:

amalgam Kimia kata nama 
aloi merkuri dengan satu logam lain atau lebih yang digunakan untuk membuat cermin, menampal gigi dan lain-lain.

amalgam zink amalgam dan zink yang digunakan dalam bateri elektrik.

beramalgam kata kerja tak transitif
1 (berkenaan logam) bercampur atau bergabung dengan merkuri;
2 (berkenaan gigi) bertampal dengan amalgam.

mengamalgamkan kata kerja transitif [psf: diamalgamkan, amalgamkan]
mencampurkan atau menggabungkan (logam) dengan amalgam.
Contoh penggunaan:
Lembar zink dalam bateri diamalgamkan untuk mengurangkan kelarutan ketika bateri tidak digunakan.

teramalgam kata kerja tak transitif
diamalgamkan:
Contoh penggunaan:
Seperti aluminium, logam berilium agak tahan terhadap asid kecuali jika logam itu teramalgam.

pengamalgaman kata nama
hal atau proses mengaloikan merkuri dengan logam lain.

Terdapat padanan bagi kata amalgamation (bahasa Inggeris) n 1. act of, a. (combining) penggabungan, penyatuan: the ~ of the two oil giants, penggabungan dua syarikat raksasa minyak; b. (combining with mercury) pengamalgaman; 2. result of blending metals, amalgam: bronze is an ~ of copper and tin, gangsa ialah amalgam kuprum dengan timah; 3. merger, pergabungan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Untuk mencari maklumat berkaitan kata bahasa Melayu, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my.
Makna24.09.2023

Kembali ke atas