Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.ri.lium] | بيريليوم

Definisi : (bérilium) (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi yg ringan dan tahan kakis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.ri.lium] | بيريليوم

Definisi : /bérilium/ ist sj unsur logam, berbentuk pepejal, berwarna kelabu dan ringan yg digunakan utk membuat aloi yg ringan dan tahan kakis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berilium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beryllium poisoningkeracunan beriliumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada debu atau wap yang mengandungi berilium atau garam berilium, iaitu logam yang disyaki boleh menyebabkan kanser paru-paru. Keracunan akut akibat penyedutan menyebabkan pneumonitis akut, dengan sakit dada, spasma bronkus, demam, dispnea, sianosis, batuk, kahak berdarah, dan discas nasal. Kegagalan jantung kanan mungkin terjadi akibat peningkatan ketahanan arteri pulmonari. Penyentuhan kulit menyebabkan luka yang membentuk ulser yang dalam dan lambat sembuh. Dermatitis akut akibat terkena debu merangsang kebakaran darjah pertama dan kedua. Jika debunya terkena mata, konjunktivitis akut dengan makula kornea dan eritema teljadi. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan hilang berat badan dan dispnea. Kegagalan jantung kanan mungkin terjadi akibat peningkatan ketahanan pulmonari. Dalam pemeriksaan patologi, granuloma yang mengandungi monosit, limfosit, dan tisu gentian ditemui. Dalam kematian akibat pneumonitis akut, alveoli paru-paru dipenuhi dengan sel mononukleus dan plasma. Tanda utama penemuan klinikal ialah dispnea.
beryllium reactorreaktor beriliumKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang menggunakan berilium sebagai bahan penyederhana.
beryllium content metermeter kandungan beriliumKejuruteraanTiadaMeter pengukur untuk menentukan kandungan berilium berdasarkan tindak balas nukleus.
berylberilKimiaTiadaPunca unsur berilium yang terdiri daripada campuran mineral berilium dan aluminium silikat.
berylberilKejuruteraanTiadaPunca unsur berilium yang terdiri daripada campuran mineral berilium dan aluminium silikat.
berylliumberiliumKimiaTiadaUnsur logam bumi beralkali dalam kumpulan IIA (atau 2) jadual berkala, simbol Be, nombor atom 4, berat atom 9.012, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 1280oC, takat didih 2487oC, berbentuk pepejal kelabu, keras, rapuh, beracun, ringan, larut di dalam asid (kecuali asid nitrik) dan alkali. Berilium diperoleh terutamanya daripada bijih beril, dan diekstrak secara elektrolisis. Berilium digunakan untuk membuat aloi yang ringan dan tahan kakis.
capsule sourcepunca kapsulKejuruteraanPetroleumPenjana neutron bebas buatan manusia yang berdasarkan tindak balas antara zarah alfa sebagai penembak dengan nukleus atom lain sebagai sasaran. Penjana yang biasa dipakai ialah campuran antara radium dengan berilium dan campuran plutonium-berilium.
berylliumberiliumKejuruteraanTiadaTiada
berylliumberiliumKimiaTiadaUnsur logam bumi beralkali dalam kumpulan IIA jadual berkala, nombor atom 4, berat atom 9.012, bersimbol Be.
berylliumberiliumKimiaTiadaTiada
1234

Kembali ke atas