Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
eskotorang atau kumpulan orang, biasanya terdiri drp kalangan anggota polis atau tentera, yg mengiringi jutawan, banduan, kenderaan berisi wang dll utk menjaga keselamatan, melancarkan perjalanan dsbKamus Dewan Perdana
epokbekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentuKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas