Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Pantun

PantunSumberTema
Katang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Saku berisi buah jambu, Hendak dibawa ke pekan sehari; Kalau sudah kata begitu, Marilah kita mengikat janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Raga berisi bunga bawang, Bawang Bali di kedai Cina; Hati adik sudah tertawan, Ikut abang barang ke mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bakul besar berisi pulut, Pulut hitam dibuat tapai; Lama bersabar hatiku hanyut, Siang malam badan meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bakul tampah berisi sekam, Sudah diayak tinggallah beras; Kupikul kasih hatiku karam, Hendak mengelak hatiku belas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Uncang besar berisi duit, Dapat membeli sayur-sayuran; Orang sabar bini berduit, Tiap hari tidur-tiduran.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk berisi maja, Banyaklah arang untuk perbara; Sejak beruk menjadi raja, Banyaklah orang masuk penjara.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak belanga berisi kari, Banyaklah lalat mencuri lauk; Sejak buaya jadi menteri, Banyaklah umat menjadi beruk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk berisi gulai, Nasi dijerang tergenang kuah; Sejak beruk menjadi lebai, Pagi petang orang menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678910...

Kembali ke atas