sulap samang Mr | pondok tempat menyimpan tajau yg berisi mayat bagi kaum Murut. | Petang itu, hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan jasad seorang pejuang untuk disemadikan dalam sulap samang, makam keluarga yang dihias dengan ukiran kayu yang utuh dan dicat dengan warna-warni yang cantik. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekwan Ib, MSr | teko yang dibuat daripada kaca. | Talam berisi tekwan air limau berais dan sebiji gelas itu dibawanya keluar rumah. | Novel Kedamaian Yang Hilang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tapak Bj Sm, Ir, Tb | pinggan kecil. | Matanya terus menekup ke arah cangkir kopi yang belum terusik itu. Tangannya segera menjangkau tapak yang berisi ubi rebus ditabur kelapa parut itu. | Sup Ekor | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bauh Bd | ikan haruan; Channa striatus; girak, popak, parua. | Bagai mahu menangis juga dia melihat keadaan dan nasib suaminya, juga nasib dirinya. Pinggan berisi nasi dan daging ikan bauh serta kangkung tumis disua dekat suaminya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
yoru Mr Tl | pemimpin upacara keagamaan (perempuan). | Dalam upacara ini, spesialis upacara amal (yoru) itu akan menyampaikan mantera dan diikuti dengan memasukkan tumbuh-tumbuhan upacara amal dalam satu baldi berisi air. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumbolang Tb | tempat membawa air yang diperbuat daripada bambu. | Bagaikan tergesa-gesa dia tiba di halaman rumahnya. Sirah, adiknya baru sahaja muncul dari pangkalan. Dia membawa sebatang tumbolang yang berisi air. Anak gadis itu kelihatan basah kuyup. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
madsuwau Kd Pr | upacara untuk memuja semangat tajau (tempayan). | Upacara ini dimulakan sama seperti pada upacara madsuwau, iaitu dengan mengadakan persembahan seperti beras di dalam sebuah talam yang dibentuk seperti busut, di atas dan di lereng busut beras itu diletakkan sebuah gelas yang berisi sedikit minyak kelapa dan beberapa biji pinang muda. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |