Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1berisi wang atau berisikan wang? 2. bersimpati Ah Cong / bersimpati akan Ah Chong / bersimpati terhadap Ah Chong / 3. Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru atau Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru? 4. Samy dimarahi cikgu / Samy dimarahi guru?

Ayat yang betul/yang telah diperbetulkan semula ialah:

1. ... berisi wang. 

2. ... bersimpati terhadap Ah Chong

3. Ali menyipkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru

4. Samy dimarahi oleh cikgu/guru

Tatabahasa10.03.2010
Yang manakah adalah betul ? 1. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu. 2. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk para tetamu. 3. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih kepada para tetamu.Yang betul ialah Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu.Tatabahasa02.03.2019
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

 

2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta.

Makna10.12.2008
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan 1. "menerangkan" adakah perkataan ini ialah kata kerja transitif atau tak transitif? Selepas menerangkan, mestikah diikuti dengan objek? Contoh : i) Cikgu Hanif menerangkan tentang bentuk muka bumi kepada murid-murid. ii)Cikgu Hanif menerangkan bentuk muka bumi kepada murid-murid. Ayat yang mana betul, i atau ii ? 2. Perkataan "berisi" Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, berisi bermaksud :3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; Dalam keadaan ini, selepas perkataan berisi, perlukah diikuti dengan perkataan "dengan"? Contoh : i) Saya menatang dulang yang berisi dengan makanan. ii) Saya menatang dulang yang berisi makanan. Ayat mana satu yang betul, i atau ii ? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada tuan.

1. Perkataan menerangkan merupakan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Mengikut Kamus Dewan Perdana, berisi dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud ada seseorang atau sesuatu  di dalamnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)
Tatabahasa24.11.2021
1.saya menenangkan hati mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. sebuah rumah dijilat api yang marak 3. sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. ayat-ayat ini betul tak ?1. Saya menenangkan mangsa kebakaran supaya bersabar.
2. Sebuah rumah dijilat api yang marak
3 Sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak.
Lain-lain20.07.2017
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong.

Istilah21.10.2009
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk.
2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita.
3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
Tatabahasa25.06.2012
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih.1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul)
 
2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul)

3. Bola lisut tidak popular di negara kita.
Permainan bola lisut kurang popular di negara kita.


4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul)
Tatabahasa17.01.2013
NYATAKAN PERBEZAAN MENGANDUNG DAN MENGANDUNGIMengandung bermaksud 1. membawa sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Contohnya, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa02.05.2014
mengandungi maklumat atau mengandung maklumat?Mengandung bermaksud membawa 1. sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Oleh itu, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa10.04.2010
1234

Kembali ke atas