Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.si.ko] | بريسيکو

Definisi : mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berisiko


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berisikomempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
aset berisiko(Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat;Kamus Dewan Edisi Keempat
bon kerajaanbon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerusi panaski a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg me­merlukan seseorang itu memikul tanggung­jawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
risiko1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau ke­rugi­an: seorang sahaja yg menanggung ~ per­niagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-ke­mung­kinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
aset(asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll); ~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukar­kan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangun­an, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewa­ng­an (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak men­janakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi mem­beri hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayar­an­nya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta.Kamus Dewan Edisi Keempat
bon1. sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah; 2. Id surat kecil (pengakuan mengambil barang yg akan dibayar kemudian): ~ jati; ~ jati bon yg paling terjamin; ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko; ~ pelaksanaan (Eko) dokumen yg merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yg dikeluarkan bagi pihak kontraktor kpd pemberi kontrak utk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak; ~ perbendaharaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan dgn tempoh matangnya yg lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun; ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerusi1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemas­an; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg me­merlukan seseorang itu memikul tanggung­jawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, me­syuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (per­tubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas