Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beriya-iya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin bertanya tentang ungkapan "beriya-iya", seperti "dia beriya-iya benar makan buah epal". Apakah kata akar bagi ungkapan ini? Saya telah mencarinya melalui pelbagai kamus di laman web ini, tetapi tidak jumpa perkataan tersebut. Yang saya jumpa hanyalah perkataan "sonsog" pada kamus sukuan (bahasa Bajau) yang bermaksud beriya-iya. Adakah perkataan ini sebenarnya wujud dalam bahasa Melayu? Kalau wujud, apakah kata akarnya? Mengapakah ia tidak tercatat di dalam kamus? Saya berharap akan mendapat jawapan yang tepat daripada pihak tuan. Sekian. Azlee Ashraf Bin Ruslee Tsu, Mie, Jepun.

Ejaan yang betul ialah beria-ia, daripada kata dasar ia (bermaksud ya, iaitu kata yang membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dengan sesuatu). Kata terbitan beria-ia membawa beberapa maksud antaranya bersungguh-sungguh: dia beria-ia benar mengajak saya ke rumahnya.

Tatabahasa14.04.2009

Kembali ke atas