Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ga.ja.ga] | برجاݢ-جاݢ

Definisi : 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ga.ja.ga] | برجاݢ-جاݢ

Definisi : 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Peribahasa

Sedia payung (= berpayung) sebelum hujan.

Bermaksud :

Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merah ang-ang[mE.ÒAh AN.AN] terlalu merahBaju hang merah ang-ang bok baek sikit kalu lalu kat lembu.[bA.dZu hAN mE.ÒAh AN.AN b/ bAe/ si.kit kA.lu lA.lu kAt l«m.bu]Baju awak terlalu merah berjaga-jaga kalau lalu dekat lembu.

Kembali ke atas