Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ga.ja.ga] | برجاݢ-جاݢ

Definisi : 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ga.ja.ga] | برجاݢ-جاݢ

Definisi : 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Peribahasa

Sedia payung (= berpayung) sebelum hujan.

Bermaksud :

Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duty of carekewajipan berjaga-jagaUndang-undangTiadaTiada
duty of care and skillkewajipan berjaga-jaga dan menggunakan kemahiranUndang-undangTiadaTiada
vigilancekewaspadaanPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga.
vigilancekewaspadaanPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga.
gross carieskaries grosPergigianTiadaKaries gigi yang besar serta dalam dan mungkin melibatkan pulpa. Dalam penyediaan kaviti bagi gigi yang mempunyai karies gros ini, langkah berjaga-jaga harus diambil dengan memasang empangan getah supaya jika terdapat pendedahan pulpa, kaviti tidak akan tercemar.
fire headhaluan apiPerhutananPengurusan HutanPembakaran yang berlaku tidak selari dengan arah haluan angin dan seterusnya merebak di kawasan yang bertentangan dengan arah haluan angin tersebut. Selalunya digunakan sebagai pembakaran berjalur dengan jarak garisan antara 20 � 60 m dan ia merupakan sebahagian daripada langkah berjaga-jaga terhadap perubahan arah pergerakan angin ke kawasan yang bertentangan.
import risk analysis (IRA)analisis risiko import (IRA)PerikananAkuakulturProses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut.

Kembali ke atas