Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.hit] | برجاهيت

Definisi : (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.hit] | برجاهيت

Definisi : (telah) dijahit: Dua helai kain batik itu siap ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahit (kata kerja)
Bersinonim dengan sembat, jelujur, jerumat, sulam, tekat, suji, kelim;,
Kata Terbitan : berjahit, menjahit, jahit-menjahit, jahitan, penjahit,

Puisi
 

Kain pelikat belum berjahit,
     Menanti jarum dari Melaka;
Kami berduka belum baik,
     Menanti ubat dari kakanda.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Kain yang ibu beli itu belum berjahit.Ayat yang betul ialah "Kain yang dibeli oleh ibu belum berjahit".Tatabahasa27.01.2023
Cikgu, saya ada kekeliruan bahawa adakah imbuhan kata kerja pasif ber- dan di- sama? Contoh ayat: 1. (a) Baju itu berjahit dengan benang sutera. (b) Baju itu dijahit dengan benang sutera. 2. (a) Surat anaknya belum berjawab. (b) Surat anaknya belum dijawab. Jika ada perbezaan, apanya? Minta tuan terangkan. Terima kasih!Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa29.05.2014
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh.

Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif.

Lain-lain31.01.2010
Bagaimanakah cara membezakan Ayat Kata Kerja Pasif Berawalan ber dengan Ayat Aktif Kata Kerja Tak Transitif yang menggunakan ber?

Bagi ayat pasif yang dibentuk dengan kata kerja imbuhan ber-, ayat berbentuk begini, bahagian oleh + FN biasanya tidak diperlukan.

Contohnya:

Baju itu berjahit dengan benang sutera.

Manakala, ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif tak transitif:

1)    1. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Ayat jenis ini ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi frasa keterangan pilihan. Contohnya:

a)      Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.

b)      Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar.

 

2)    2. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Ayat aktif ini mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

Contohnya:

Kebanyakan pelajar itu berasal dari utara Semenanjung.

Tatabahasa01.02.2024
Bagaimanakah untuk membezakan imbuhan ber untuk kata kerja tak transitif dan ber untuk kata kerja pasif?Adakah yang di bawah betul? i. Penduduk di situ dinasihati agar mematuhi arahan pihak berkuasa supaya berpindah pada bila-bila masa. Bolehkah ayat tunggal pasif dan ayat tunggal aktif digabungkan dalam satu ayat majmuk?

Contoh imbuhan ber dalam ayat aktif ialah saya berjalan ke sekolah, manakala dalam ayat pasif ialah baju itu belum berjahit. i. Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa.

Tatabahasa29.07.2010
hi assalamualaikum tuan saya seorang pelajar tingkatan3 soalan saya ialah cara menggunakan "oleh" adakah oleh mesti wujud dalam ayat pasif? imbuhan ter- membawa maksud pasif ke?

Pengunaan kata sendi nama oleh boleh digugurkan atau kekal dalam ayat pasif bergantung pada binaan ayat dan kata kerja pasif yang digunakan seperti yang berikut: 1. Ayat pasif dengan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN (frasa Nama) yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat, contohnya: (a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. /Barang itu sudah diambil Ali semalam. Namun demikian, jika binaan oleh + FN terletak jauh dari kata kerja, maka oleh perlu kekal dalam ayat, contohnya: (b) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali. 2. Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Contoh ayat: Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.  3. Ayat pasif yang dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-…-an, kata sendi nama oleh + FN tidak diperlukan. Contohnya ayat:(a) Mereka kehujanan sepanjang hari  dan (b) Baju itu berjahit dengan benang sutera.  Ya, imbuhan ter- membawa maksud pasif. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman: 489 – 493).

Tatabahasa29.11.2021
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasihKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut:

ber- (be-, bel-)
awalan

1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan;

2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji;

3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan;

4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur;


Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana.
Lain-lain24.06.2021

Kembali ke atas