Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan] | برجالن

Definisi : 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berjalan lancar atau berjalan dengan lancar?Berjalan lancar atau berjalan dengan lancar, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Tatabahasa10.03.2010
Salam, betulkah ayat ini? Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan di bandar. Atau adakah perkataan 'berjalan' perlu digantikan kepada 'berjalan-jalan'? Jika tidak ditukar, adakah salah ayat ini? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan-jalan di bandar". Kata kerja berjalan lazimnya merujuk perbuatan berjalan itu sendiri seperti "kanak-kanak itu mulai berjalan setelah digamit ibunya".Tatabahasa06.05.2014
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki."Tatabahasa09.10.2013
berjalan menuju ke arah kantin . ayat tersebut betul?Ayat tersebut betul.Tatabahasa26.03.2019
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul?

Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan.

Lain-lain10.07.2010
Pada ms 163 (tatabahasa Dewan), menerangkan perkataan "berjalan" kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap. Adakah "berjalan kaki" dan "bermain bola" silap frasa?Untuk makluman, berjalan memang merupakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Sunggupun begitu, apabila dirangkaikan menjadi "berjalan kaki", ia berfungsi sebagai frasa kerja dan tidak ada kesilapan dalam perkataan tersebut.Tatabahasa17.11.2015
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang paling sesuai dalam ayat ini? TKMerujuk Kamus Dewan, ayat "Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya" digunakan kerana berjalan juga boleh merujuk perkembangan sesuatu peristiwa.Tatabahasa15.05.2012
Ayat yang mana satu betul ? 1a) Ben Li memohon maaf daripada ibu bapa. b) Ben Li memohon maaf daripada ibu bapanya. 2a). Dia ke sekolah dengan berjalan kaki. b) Dia pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. c) Dia berjalan kaki ke sekolah. 3 a) Aini menyertai pertandingan memasak. b) Aini menyertai pertandingan masakan. Sekian. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1(b) Ben Li memohon maaf daripada ibu bapanya. 2(c) Dia berjalan kaki ke sekolah.
 3 (a) Aini menyertai pertandingan memasak.
Tatabahasa26.05.2015
YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCARProses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum.Tatabahasa12.12.2007
seiring,beriringMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, seiring bermaksud bersama-sama berjalan, manakala beriring bermaksud berjalan bersama-sama.Makna14.10.2009
12345678910...

Kembali ke atas