Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan.ja.lan] | برجالن - جالن

Definisi : 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.lan.ja.lan] | برجالن - جالن

Definisi : 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Baiklah baik berjalan-jalan,
     Kalau takut bawalah teman;
Alangkah merpati berpasang-pasangan,
     Mengapa orang tidak berkawan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Macam kepiting jalan.

Bermaksud :

Orang yang berjalan miring.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(i) Kami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. (ii) Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Untuk ayat (i) & (ii) apakah jenis ayat majmuk? (a) Ayat Kata hubung pancangan keterangan atau (b) Ayat Kata hubung gabunganKami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Kedua-dua ayat tersebut ialah ayat majmuk keterangan.Tatabahasa16.11.2015
Salam, betulkah ayat ini? Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan di bandar. Atau adakah perkataan 'berjalan' perlu digantikan kepada 'berjalan-jalan'? Jika tidak ditukar, adakah salah ayat ini? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan-jalan di bandar". Kata kerja berjalan lazimnya merujuk perbuatan berjalan itu sendiri seperti "kanak-kanak itu mulai berjalan setelah digamit ibunya".Tatabahasa06.05.2014
maksud bercengkerama

Saudara Fuad,

Maksud perkataan bercengkerama ialah  1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria.

Makna16.06.2010
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan.

1. Siti meminta bantuan daripada polis.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau   frasa nama yang menyatakan:
i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
iii. Perbezaan atau perbandingan.

2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.

3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

6. Membuat bayaran

7. Kerusi malas

8. Kerusi bayi

Tatabahasa01.09.2021
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih.Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat.  Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau.Tatabahasa31.01.2011
Mohon untuk mendapatkan maksud/makna perkataaan dan ejaan yang betul. 1. Seseorang peleser 2. peleser perkataan ini tidak diperolehi semasa membuat carian DBP secara onlineDalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tiada kata "peleser" yang dijadikan kata masukan.

Ejaan sebenarnya ialah "pelesir" dan makna bagi "berpelesiran" ialah:

1. berfoya-foya atau berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah;

2.  berjalan-jalan tanpa arah dan tujuan;

Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk halaman 1655 Kamus Dewan Perdana.

Penggunaan kata adalah bergantung kepada konteks penggunaan sesuatu kata.
Lain-lain10.01.2022
Tuan, Adakah "peperiksaan sedang berjalan" betul? sebab biasanya kita tulis 'peperiksaan sedang dijalankan" Perkataan 'peperiksaan' tidak bernyawa bolehkah kita guna kata kerja kerja aktif 'berjalan'? tolang tuan jelaskan pernyataan tersebut. sekian terima kasih.Penggunaan label yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) ia, mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan berjalan/dijalankan adalah tidak sesuai.Tatabahasa27.09.2011
apakah beza melintas dengan melintasi?
 perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut;

melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi;

Tatabahasa20.10.2012
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Ali mengira buku-buku itu berdua-dua. (b) Ali dan Abu berdua pergi ke sekolah. (c) Sesetengah tayar kereta besar dan bulat untuk jalan gunung. (d) Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya. (e) Kakak saya berjalan ke rumah kawannya.Ayat yang tepat dan gramatis:

1. Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya.
Tatabahasa06.11.2015
Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut?1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti  jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan.Tatabahasa28.06.2013
123

Kembali ke atas