Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lin] | برجالين

Definisi : 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~; 2. berangkai (benda panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.lin] | برجالين

Definisi : 1 dlm keadaan bersusun bersilang-silang (bkn rotan yg dianyam dsb); beranyam. 2 sudah disusun bersilang-silang; beranyam. 3 ki berhubungan antara satu dgn yg lain; berkaitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalin
Kata Terbitan : berjalin, berjalin-jalin, menjalin, terjalin,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUBRIETIA

Aubrietia ialah tumbuhan yang tergolong

dalam famili biji sawi. Ia kadangkala dieja

Aubreta. Aubrietia ialah tumbuhan yang kecil,

rendah, yang berjalin untuk membentuk

semacam tikar di taman batuan dan membentuk

tumbuhan pinggir. Daunnya kecil, bujur, dan

berbulu, manakala bunganya berwarna samar

atau ungu. Aubrietia pada asalnya tumbuh di

barat Asia, tetapi kini ia ditanam di banyak

bahagian di dunia. Pekebun menanam aubrietia

daripada biji atau keratan. Mereka boleh

memotong batangnya hingga ke akar selepas ia

berbunga untuk mencegahnya daripada tumbuh

berceranggah.

UMUM 
TASIK XOCHIMILCO

Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di

Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat “taman

terapung”. Menjelang waktu wilayah tersebut

ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli

Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek

daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara

membina daik. Mereka menimbunkan lumpur

lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk

batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz

“taman terapung” ini beransur-ansur menjadi lebih

besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya

berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong

berperahu di terusan-terusan yang memisahkan

pulau-pulau buatan tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas