Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jang.ka] | برجڠک

Definisi : mempunyai jangka (waktu, ran­cangan); ~ panjang (pendek) mempunyai ketentuan waktu yg lama (singkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjangka


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
term billbil berjangkaEkonomiTiadaTiada
sanadbonPerniagaan IslamTiadaSekuriti hutang berjangka yang diterbitkan oleh kerajaan, perbadanan atau syarikat sebagai instrumen pembiayaan atau jaminan. Sinonim sanadat.
photomorphogenesisfotomorfogenesisBotaniTiadaGerak balas secara tidak terarah terhadap rangsangan cahaya tetapi tidak berjangka masa. Contohnya, proses percambahan pemanjangan daun, sintesis klorofil dan perkembangan lain yang dipengaruhi oleh cahaya.
Dow theoryteori DowPentadbiran PerniagaanTiadaTeori tentang pola carta untuk menunjukkan arah pergerakan harga yang mengandaikan pergerakan harga berjangka panjang dalam tiga arah aliran, iaitu primer, sekunder dan harian. Ia menyatakan juga bahawa arah aliran menaik atau menurun disahkan sekiranya kedua-dua purata industri dan pengangkutan bergerak lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga tertinggi atau terendah sebelumnya. Teori ini diasaskan oleh Charles Dow.
free radicalradikal bebasHerbaPemiawaianAtom atau kumpulan atom yang mempunyai elektron valens tak berpasangan, lazimnya sangat reaktif dan berjangka hayat singkat. Radikal bebas berkeupayaan menjadi pemula atau perantara dalam pelbagai tindak balas kimia secara mekanisme rantai. Radikal bebas dapat dihasilkan daripada homolisis ikatan kovalen secara fotolisis atau pirolisis dan ditandakan dengan titik tengah seperti C1� dan CH3 dalam bentuk formula. Contoh herba yang dapat mengurangkan radikal bebas ialah ekstrak lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bertindak balas sebagai antioksidan
accident takafultakaful kemalangan diriEkonomiEkonomi IslamSkim perlindungan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan peserta yang disebabkan oleh kemalangan. Tempoh perlindungan yang diberi adalah berjangka pendek, iaitu bagi suatu tempoh perjalanan. Perlindungan yang diberikan oleh takaful ini boleh merangkumi kemalangan yang berlaku di semua tempat pada setiap masa, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam sijil.

Kembali ke atas