Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jan.ji] | جنجي

Definisi : membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jan.ji] | جنجي

Definisi : bersetuju utk membuat atau utk melaksanakan sesuatu; mengikat janji: Ia ~ akan menyekolahkan adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Puisi
 

Pantai teluk terlalu indah,
     Tempat lalu perahu payang;
Berjanji mulut memang mudah,
     Menepati janji sangatlah jarang.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Ya sepanjang hari,
     janji sepanjang jalan.

Bermaksud :

Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insurance contractkontrak insuransinsuransTiadaPerjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak.
insurance contractkontrak insuransPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak.
insuranceinsuransPentadbiran PerniagaanTiadaKemudahan sosial untuk mengurangkan risiko dengan memindahkan risiko tersebut daripada entiti individu kepada insurer melalui satu perjanjian berkontrak. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. Istilah ansurans sering digunakan bertukar ganti dengan istilah insurans.
abjurationpenafianSejarahTiadaHal menafikan sesuatu di hadapan umum dengan berjanji, atau bersumpah untuk melepaskan hak, kepercayaan, pegangan, pendapat dan sebagainya.
service leasepajakan khidmatPentadbiranTiadaSejenis pajakan yang memerlukan pemajak berjanji untuk menyelenggarakan dan menginsuranskan kelengkapan.
contract farmingperladangan kontrakPertanianAgroteknologiSistem pengeluaran pertanian yang melibatkan perjanjian antara petani atau pengeluar hasil pertanian dengan pembeli hasil pertanian. Pembeli menyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh petani seperti penggunaan benih dan kualiti hasil, dan berjanji membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika syarat dipenuhi. Satu contoh perladangan kontrak ialah syarikat Nestle yang membuat perjanjian dengan pengeluar cili supaya cili yang berkualiti dapat diperoleh oleh syarikat itu untuk perusahaan sos cili. Syarikat akan membekalkan benih dan input lain dan berjanji untuk membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika memenuhi spesifikasi. Kaedah perladangan kontrak memberi jaminan pasaran kepada petani yang juga tidak perlu mengeluarkan modal sendiri.
use and occupancy insuranceinsurans guna dan huniinsuransTiadaInsurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari insured tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan.
use and occupancy insuranceinsurans guna dan huniPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari pihak yang diinsuranskan tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan.
honeymoon phasefasa bulan maduKriminologiKeadilan JenayahFasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa.
bai‘ wafa’jual beli gadai janjiPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang mensyaratkan produk yang dijual ditebus oleh penjual dan dikembalikan harga asal kepada pembeli. Contohnya, pelanggan menjual barangan miliknya kepada pihak institusi kewangan pada harga tunai dan kemudian berjanji akan membelinya kembali dengan harga jual beli asal. Bai‘ wafa’ merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli bagi memenuhi keperluan masyarakat.
12

Kembali ke atas