Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jau.han] | برجاءوهن

Definisi : jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jau.han] | برجاءوهن

Definisi : berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjauhan

Peribahasa

Jauh dari mata jauhlah dari hati.

Bermaksud :

Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul? a) Dia tinggal jauh dari keluarganya. b) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. c) Dia tinggal berjauhan dari keluarganya. d) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya.Ayat yang betul: a) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. b) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. Ataupun: Dia tinggal jauh dari keluarganya di Kelantan.Tatabahasa29.07.2015
Bagaimana kita nak pastikan pengejaan kata majmuk itu dilakukan secara berjauhan atau berdekatan. Adakah kata kunci khusus yang boleh kita jadikan panduan.Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya.Tatabahasa10.02.2009
ingin tahu ejaan sebenar untuk perkataan 1) walau bagaimanapun (walau dan bagaimanapun - jarak atau berjauhan) 2) Al-Mulk (al mulk atau al-mulk)

1) walau bagaimanapun (jarak)

2) al-Mulk 

Lain-lain07.09.2009
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu.

2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan,  merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama.

3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini!
 

4. Betul.

5. Betul.

6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan.

7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang.
 

8. Betul.

9. Betul. 

10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu.

11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. 

Tatabahasa08.08.2013
Saya ingin bertanya tentang tatabahasa imbuhan apitan ber-an.Dari buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, oleh by Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Haji Musa . Penerangan apitan Ber-an diletakkan di bawah Tajuk kata kerja. Di dalamnya diterangkan bahawa ber-an digunakan bagi perkataan dasara kata kerja, kata nama dan juga kata sifat. Semua ini akan menghasilkan kata kerja. Soalan saya, saya cuba memahami kata kerja aygn terbentuk hasil daripada cantuman ber-an dan kata sifat, seperti "berjauhan", "berpanjangan" atau "berhampiran". Perkataan-perkataan ini tidak melambangkan kata kerja malah lebih kepada kata sifat. Sekiranya dapat pihak tuan menjelaskan dengan lebih terperinci apakah kontek maksud ber-an dalam perkataan dasar kata sifat ini. Sekian terima kasih.Apitan beR-...-an boleh menghasilkan kata nama dan kata adjektif selain daripada kata kerja. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 199-200, di bawah tajuk (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan beR-...-an: Sebahagian besar daripada kata dasar yang dibentuk dengan apitan beR-...-an terdiri daripada golongan kata kerja ... hanya beberapa perkataan yang terdiri daripada kata nama atau kata adjektif. Contoh yang dinyatakan seperti berjauhan dan berpanjangan merupakan kata adjektif (sifat).Tatabahasa21.01.2011
Salam, Saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara "berdekatan" dan "berhampiran"? Adakah perbezaannya hanya terletak pada kesedapan ayat atau konteks kasual/formal sahaja? Adakah benar berdekatan adalah lebih formal berbanding berhampiran? Antara yang berikut, yang manakah lebih sesuai/lebih sedap didengar? "Kunjungi cawangan pusat jualan X berdekatan anda" atau "Kunjungi cawangan pusat jualan X berhampiran anda" Terima kasih :)Istilah berdekatan merujuk kepada berhampiran dengan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud berdekatan ialah berhampiran dengan atau tidak berjauhan. Manakala berhampiran pula bermaksud tidak berapa jauh dari atau berdekatan. Maka kedua-dua istilah merupakan sinonim dan boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.Makna28.12.2016

Kembali ke atas