Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.wa.tan] | برجاوتن

Definisi : 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~ kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.wa.tan] | برجاوتن

Definisi : memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawat
Kata Terbitan : sejawat, berjawat, menjawat, jawatan, berjawatan, penjawat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika dalam surat rasmi, penerima berjawatan tinggi seperti Timbalan Pengarah Jabatan tetapi tiada pangkat Datuk dan etc., adakah begini salutasi di surat? Alamat: YBrs. Encik XXX Salutasi: YBrs. Encik / YBrs. Tuan?

Kata sapaan hormat untuk penerima surat rasmi berjawatan tinggi tanpa anugerah darjah kebesaran ialah YBrs. diikuti dengan nama.

Tatabahasa06.03.2023
Adakah jantina lelaki yang berjawatan menguruskan kewangan boleh bendahari atau bendahara?

Tuan,

Sama ada lelaki atau perempuan yang  menguruskan wang persatuan dan seumpamanya boleh dipanggil bendahari, rujuk nombor 2. - 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; penghulu ~ ketua bendahari; 2. pengurus wang kesatuan dll.

Terima kasih.

Istilah19.01.2011
Apakah gelaran/panggilan rasmi bagi seorang perempuan yang berjawatan Ketua Jabatan yang berstatus janda? Puan atau Cik PuanGelaran/panggilan yang sesuai ilah Puan.Makna21.03.2011
Setiap Pengakap di peringkat negeri mempunyai ketua pengakap yang berjawatan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Di peringkat negara diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang rata-rata nemggunakan National Chief Commissioner dalam bahasa Inggeris. Soalan: Apakah perkataan yang sesuai untuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam bahasa Inggeris? Adakah State Chief Commissioner atau Chief State Commissioner? Terima Kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi nasihat bahasa untuk bahasa Melayu sahaja.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.04.2018
Saya ada merujuk kamus dewan tetapi masih tidak dapat lihat perbezaannya. Penggunaan hamba dan patik sbg kt ganti nama diri. Adakah betul fahaman sy bahawa hamba digunakan utk org biasa manakala patik digunakan bg org yg berjawatan dlm istana?...Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba’ pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya’.Istilah19.11.2012
Sy ada rujuk kamus dewan tp masih tdk dpt lihat perbezaannya. Penggunaan hamba dan patik sbg kt ganti nama diri. Adakah betul fahaman sy bahawa hamba digunakan utk org biasa manakala patik digunakan bg org yg berjawatan dlm istana?...Hamba sama maksud dengan saya, iaitu untuk merendah diri dan digunakan dalam percakapan sesama kita. Ganti nama patik digunakan apabila kita bercakap dengan Raja sahaja.Makna28.11.2012
Bolekah 'hamba' digunakan semasa berbicara dengan sultan?Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan.Tatabahasa03.02.2016
Penggunaan perkataan 'hamba' dan 'patik' dalam era kesultanan Melaka.Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.Tatabahasa02.03.2013
Apakah perbezaan cara penggunaan antara perkataan "hamba", "patik" dan "tuan hamba"?Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.Istilah12.10.2015
Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah.

Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.

Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu.  Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.
Makna17.04.2014
123

Kembali ke atas