Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.je.na.ka] | برجناک

Definisi : berbuat sesuatu perlakuan atau berkata-kata utk membuat orang ketawa, melawak, berkelakar: dlm perjalanan itu kami tidak putus-putus ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.je.na.ka] | برجناک

Definisi : berbuat atau berkata-kata utk membuat orang tertawa; berkelakar; berlawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenaka (kata nama)
Bersinonim dengan lawak, kelakar, seloroh, senda gurau, gurau senda, lucu-lucuan, lelucon, banyol, kecindan, kocak;,
Kata Terbitan : berjenaka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara tema dan maksud dalam sesebuah seloka ?Tuan,

Untuk makluman, seloka bermaksud puisi yang berisi ajaran (sindiran, jenaka dll). Tema dalam seloka ialah subjek yang menjadi dasar/pokok sesuatu pembicaraan dalam seloka. Manakala, maksud  dalam seloka pula ialah tujuan sesebuah seloka itu dicipta, sama ada mengejek, menyindir secara serius atau berjenaka, mengkritik tingkah laku, sikap atau sifat negatif dan sebagainya.
Sastera22.04.2019
Assalamualaikum, Apakah ciri-ciri / perbezaan antara seloka dan gurindam? Terima kasih.
Waalaikumussalam. Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu:
Kalau banyak berkata-kata,
Di sanalah boleh terjadi dusta.
Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi  lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang.
Lain-lain28.08.2009

Kembali ke atas