Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.je.na.ma] | برجنام

Definisi : mempunyai jenama, ada jenama­nya (bkn barang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjenama


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata bagi membelek-belek. Contoh: "Tangannya mula mencapai dompet berjenama tersebut seraya membelek-beleknya." Adakah penggunaannya betul?

Penggunaan perkataan dalam contoh ayat yang diberikan betul.


Tatabahasa06.04.2021
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Dalam bidang Teknologi Maklumat, istilah "microsite" ialah laman web berjenama atau set kecil laman yang berasingan daripada URL utama syarikat dan digunakan untuk sesuatu kempen, jenama atau produk. "Microsite" sering diwujudkan secara sementara untuk kempen besar. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "microsite"?Istilah yang sesuai bagi "microsite" ialah "laman mikro".Istilah27.01.2022
1) Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam. 2) Alat penghawa dingin yang dibeli oleh ayah bukan saja murah malah dapat menjimatkan elektrik dan berkonsep mesra alam. 3) Puan Rosli menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaian. Adakah ketiga-tiga ayat betul? Jika tidak betul, boleh tuan/puan mengenal pasti kesalahan tersebut.Ayat berikut telah dibuat penambahbaikan dari sudut tatabahasa:

i) “Alat penyaman udara yang dibeli oleh ayah bukan sahaja murah, malah dapat menjimatkan elektrik dan bersifat mesra alam.”

ii) “Puan Rosli menggunakan serbuk pencuci berjenama untuk mencuci pakaian.”

Ayat “Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam.” betul dan boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 sehingga 575.

Tatabahasa21.04.2024
Salam, soalan saya tentang penggunaan "Ia" & "ialah" di sini, adakah betul? "Mesin itu bukan mesin murah. Ia ialah Jenama ABC"Ayat yang betul ialah "Mesin itu bukan mesin murah. Mesin itu berjenama ABC."
Tatabahasa27.09.2023
Salam. Berdasarkan laman anda DBP, kata ia digunakan untuk benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan. Maksudnya boleh digunakan untuk orang, benda dan sesuatu perkara selain binatang bukan? Tetapi mengapa ayat berikut yang merujuk kepada benda dikatakan salah? "Farid membeli telefon baru. Ia berjenama Nokia." Ayat ini juga daripada lelaman anda. Mohon pencerahan.Mohon jelaskan berkaitan sumber yang tuan dapat mengenai maklumat menggunakan tatabahasa yang mengelirukan tersebut.Tatabahasa04.12.2020
Mohon nasihat daripada DBP adakah perkataan terjemahan "offering" disini sesuai digunakan dalam konteks perniagaan atau inovasi. Offering (products, services and brands) -How is the offering branded? Tawaran (produk, perkhidmatan, jenama) - Bagaimanakah tawaran itu dijenamakan?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi How is the offering branded ialah Bagaimanakah dengan tawaran untuk barangan berjenama?Penyemakan dan penterjemahan07.07.2021
Bolehkah 'ia' digunakan atas 'telefon bimbit', 'pen', 'meja'?Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia merupakan kata ganti diri ketiga. Kami menasihati supaya menggunakan buku tatabahasa dewan sebagai panduan.


Dalam ayat, perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan seperti telefon bimbit, pen atau meja. Contoh:
1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin.
 2.) Farid membeli telefon bimbit baru. Telefon bimbit itu berjenama Nokia.
Tatabahasa05.05.2013

Kembali ke atas