Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.je.nis.je.nis] | برجنيس - جنيس

Definisi : bermacam-macam, berbagai-bagai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.je.nis.je.nis] | برجنيس - جنيس

Definisi : bermacam-macam; berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenis (kata nama)
1. Bersinonim dengan golongan: kumpulan, kelompok, kelas,

2. Rujuk macam 1

Kata Terbitan : berjenis-jenis, menjeniskan, penjenisan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta penjelasan bagi bentuk jamak perkataan haiwan. Bolehkah haiwan-haiwan digunakan untuk merujuk kepada sejenis haiwan yang banyak jumlahnya atau haiwan-haiwan bermaksud berjenis-jenis haiwan?

Perkataan “haiwan-haiwan” boleh digunakan untuk merujuk sejenis haiwan yang banyak jumlahnya dan  juga haiwan yang berjenis-jenis.

Makna01.06.2022
Adakah berbagai-bagai itu tergolong dalam kata bilanganBerbagai-bagi tidak tergolong dalam kata bilangan dan membawa maksud bermacam-macam atau berjenis-jenis.Tatabahasa03.03.2010
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasihBoleh digunakan.Tatabahasa13.04.2010
kalau berbagai-bagai boleh disingkatkan menjadi pelbagai kenapa bermacam-macam tidak disingkatkan menjadi pelmacam?

Ejaan yang digunakan  masih bermacam-macam atau macam-macam yang bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis dan berupa-rupa.

Ejaan15.02.2008
Apakah perbezaan antara sayur-sayuran dan sayur-mayur dari segi : 1-maksud 2-penggunaan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sayur-sayuran dan sayur-mayur mempunyai maksud yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. Makna10.09.2011
Saya ada satu soalan tentang penggunaan perkataan. Bilakah kita boleh menggunakan perkataan “ heterogen”, bilakah kita boleh menggunakan perkataan “pelbagai”? Bolehkah tuan/puan memberikan contoh? Bolehkah saya menggunakan “heterogen kaum”, atau “heterogen orang”, “heterogen masyarakat” ? Terima kasih.Makna bagi kata heterogen ialah:

heterogen kata adjektif
1 (berkenaan bandar, penduduk dan sebagainya) berjenis-jenis yang berbeza sifatnya.
Contoh penggunaan
Bandar yang bersifat kosmopolitan dan heterogen merupakan ciri-ciri penting dalam kekuatan pertumbuhan budaya.

2 Kimia
berkaitan dengan proses yang melibatkan bahan dalam fasa yang berbeza.
Contoh penggunaan
pemangkinan heterogen;

keheterogenan kata nama
hal atau sifat heterogen:
contoh penggunaan
Keheterogenan masyarakat dapat dilihat dari segi tingkat pendidikan, ekonomi dan budaya.

Untuk maklumat lanjut tentang kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna02.12.2023
Apa beza antara sayur mayur dengan sayur-sayuran? Adakah sayur-sayuran itu menunjukkan jenis sayur yang berbagai-bagai. sayur-mayur pula merupakan kata jamak bagi sejenis sayur?Ketiga-tiga perkataan sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran mempunyai makna yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. Semuanya merujuk pada sayur yang pelbagai jenis bukannya sejenis sayur dalam kuantiti yang banyak (jamak). Sayur-sayuran ialah penggandaan separa kata nama berimbuhan manakala sayur-mayur ialah penggandaan yang melibatkan ciri persamaan pada bunyi vokal (ciri-ciri keharmonian vokal).Tatabahasa01.12.2014
Salam sejahtera, 1. Pak Salim menyiram sayur supaya tumbuh segar.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak sayur yang sama jenis, jadi guna sayur atau sayur-sayur ?). 2. Seorang pekerja menyabit rumput yang panjang dengan menggunakan sabit.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak rumput,jadi guna perkataan rumput atau rumput-rumput?) 3. Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput-rumput yang disabit.(dalam ayat sudah ada perkataan penuh, jadi guna rumput atau rumput-rumput?)(belakang perkataan disabit perlu ditambah dengan subjek? atau memadai dengan disabit. Sekian, terima kasih.

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sayur-sayuran ialah sayuran bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur, maka yang betul ialah sayur-sayuran untuk menunjukkan bermacam-macam sayur.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud rumput ialah  tumbuh-tumbuhan yang kecil, maka perkataan rumput sudah memadai untuk menunjukkan banyak.

3. Ayat yang betul ialah Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang disabitnya

Tatabahasa21.02.2020
pelbagai kuih atau pelbagai jenis kuih? pelbagai kuih-muih atau berjenis kuih-muih?Yang betul ialah pelbagai kuih.Tatabahasa07.10.2011
Saya merupakan pelajar sarjana dalam bidang sains komputer,Namun, untuk tesis sarjana, saya telah menggabungkan komputer dan bahasa yakni dalam bidang komputeran linguistik. oleh itu, saya memerlukan data semua perkataan melayu di mana setiap perkataan itu mestilah mempunyai jenis misalnya perkataan makan berjenis kata kerja.Harap pihak DBP dapat membekalkan keperluan itu pada saya.terima kasih.Kamus Dewan belum lagi memasukkan kelas kata dalam setiap entrinya. Bahagian Perkamusan, DBP sedang menyiapkan Kamus Besar yang memasukkan kelas kata bagi setiap entri. Oleh itu, data tersebut tidak dapat kami sebarkan lagi kerana masih di peringkat draf. Sila rujuk kamus-kamus terbitan lain atau buku yang berkaitan untuk rujukan saudara. Lain-lain15.01.2008

Kembali ke atas