Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jen.te.ra] | برجنترا

Definisi : 1. beroda; 2. bermesin, ber­pe­sawat; senapang ~ senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jen.te.ra] | برجنترا

Definisi : 1 menggunakan jentera; mempunyai mesin atau pesawat: senapang ~ senapang mesin. 2 berputar spt roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjentera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD KENDERAAN TIDAK BERMOTOR ATAU 'NON MOTORISED VEHICLE'Tidak bermotor bermaksud tidak berjentera, contohnya pesawat peluncur ialah sejenis kapal terbang yang tidak bermotor (berjentera).Makna19.12.2010
Apakah istilah paling sesuai untuk campervan atau camper van dalam bahasa Melayu? Campervan berbeza daripada caravan yang tidak bermotor dan ditarik sebagai treler. Sebaliknya campervan didefinisikan sebagai kenderaan berjentera yang berfungsi sebagai pengangkutan dan juga tempat tidur. Contohnya seperti sebuah van yang diubah suai menjadi campervan bagi orang yang hidup nomad. Lain-lain istilah bagi campervan termasuk motor caravan dan caravanette. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan  istilah  karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan  membawa definisi  yang hampir sama dengan caravan iaitu   kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian.  Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan.

 

Istilah16.11.2019
1) Dari segi atau daripada segi? 2) Apa beza penggunaan depan dan hadapan? 3) Apa beza pesawat dan kapal terbang?

1)    1.  Frasa yang betul ialah “dari segi”
2. Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, “depan” dan “hadapan” mempunyai maksud yang sama. Contoh frasa, “tahun depan” dan “tahun hadapan.”
3. Berdasarkan Kamus Dewan  Perdana “ kapal terbang” dan “pesawat” membawa maksud yang sama iaitu kapal berjentera yang boleh terbang di udara, mempunyai sayap dan biasanya digunakan untuk membawa penumpang dan lain-lain. Namun begitu, terdapat makna-makna lain yang berkaitan dengan “pesawat”. Tuan boleh merujuk halaman 1975 dalam Kamus Dewan Pedana, terbitan DBP.

Tatabahasa17.11.2022

Kembali ke atas