Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ji.ran] | برجيرن

Definisi : tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ji.ran] | برجيرن

Definisi : tinggal berhampiran dgn; bertetangga: Saya ~ dgn Cik Kamariah. Negara-negara yg ~ haruslah berbaik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiran (kata nama)
Bersinonim dengan tetangga, orang sebelah rumah;,
Kata Terbitan : berjiran, kejiranan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PYRAMUS DAN THISBE

Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih

dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup

berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi

ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka

tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul

sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap

melalui rekahan dinding di antara rumah mereka.

UMUM 
LIBYA

Libya ialah sebuah negara Arab yang terletak

di utara Afrika di pesisir Laut Mediterranean. Ia

berjiran dengan Mesir dan Sudan di bahagian

timur, Chad dan Nigeria di bahagian selatan dan

juga Algeria dan Tunisia di bahagian barat. Tripoli

merupakan bandar terbesar dan ibu negara Libya.

UMUM 
NUMIDIA

Numidia ialah kawasan di utara Afrika pada

zaman purba. Ia meliputi sebahagian Algeria kini.

Numidia bersekutu dengan Carthage yang

berjiran dengannya apabila Perang Punic Kedua

antara Carthage dengan Rom yang bermula pada

tahun 218 S.M. Tetapi, Massinissa, ketua kaum

Numidia , berpihak kepada jeneral Rom, Publius

Cornelius Scipio. Sebagai balasan kerana

menjadi sekutu Scipio, Massinissa diberi

ganjaran wilayah dan menjadi raja bagi seluruh

Numidia kira-kira pada tahun 200 S.M. Pada

tahun berikutnya, orang Numidia membantu

Scipio mengalahkan orang Carthage, yang

diketuai oleh Hannibal, di Zama yang terletak di

utara Afrika.

UMUM 
SCHLIEMANN, HEINRICH

Schliemann, Heinrich (1822–1890) ialah ahli

arkeologi Jerman yang mengasaskan kajian

tentang Yunani purba dan budaya Laut Aegean

yang berjiran dengannya. Dia dan isterinya Sophia

Engastromenos Schliemann menemui Troy, kota

yang tenggelam di tempat yang kini Turki. Kota ini

masyhur dalam epik Yunani, Iliad .

UMUM 
TASIK AGASSIZ

Tasik Agassiz ialah tasik glasier terbesar yang

pernah wujud di Amerika Utara. Ia meliputi

sebahagian besar kawasan Manitoba, kini di

Kanada dan bahagian-bahagian negeri dan wilayah

yang berjiran dengannya.

UMUM 
KESUSASTERAAN JERMAN

Kesusasteraan Jerman ialah kesusasteraan

orang Eropah tengah yang bertutur dalam bahasa

Jerman. Ia termasuk karya dari Jerman, Austria,

Switzerland dan juga kawasan berjiran seperti

Alsace, Bohemia dan Silesia.

UMUM 
AMAZON

Amazon ialah bangsa bagi sekumpulan wanita

yang suka berperang dalam mitos Yunani. Mereka

tinggal di sebuah kawasan di Asia Kecil yang

dikenali sebagai Cappadocia. Mereka hanya

bertemu dengan lelaki di medan perang dan

ketika satu upacara penyatuan seks dengan orang

Gorgarensia yang berjiran dengan mereka.

Amazon membunuh semua anak lelaki yang lahir

hasil daripada penyatuan ini, tetapi memelihara

anak-anak perempuan mereka dan melatih

mereka dalam seni peperangan.

UMUM 

Kembali ke atas