Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat di bawah ayat majmuk pancangan komplemen? 1. Mereka tekad berjuang untuk negara tercinta. Saya faham bahawa perkataan "untuk" dapat berfungsi sebagai kata komplemen, tetapi ayat di atas tidak berbentuk seperti ayat komplemen. Saya pun tidak mengetahui bentuk ayat di atas, sama ada ayat majmuk pancangan komplemen, atau ayat majmuk pancangan keterangan yang mempunyai ayat keterangan tujuan "untuk negara tercinta".Ayat "Mereka tekad berjuang untuk negara tercinta" ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat "untuk negara tercinta" ialah keterangan kepada ayat induk "Mereka tekad berjuang"Tatabahasa13.12.2014
Betulkah ayat ini? 1) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 2) Azizul Hasni Awang berjuang berhabis-habisan untuk memartabatkan sukan negara. 3) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 4) Erry menolong ibunya mengangkat barang di dalam kereta.
  1. Ayat yang diberikan adalah betul
  2. Ayat yang diberikan adalah betul
  3. Ayat yang betul ialah Tentera Rom telah menguasai salah satu daripada daerah di Parsi setelah menumpaskan Raja Hercules.
  4. Ayat yang betul ialah Erry menolong ibunya mengangkat barang daripada kereta.

Tatabahasa07.07.2022
1. Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. Oleh itu, adakah ayat berikut boleh diterima? Perajurit berjuang demi mempertahankan negara. 2. Kata pemeri ialah diikuti dengan kata nama. Betulkah ayat yang berikut? Pekerjaannya ialah menternak ikan.

1. Ayat tersebut betul kerana frasa sendi nama boleh boleh wujud sebagai  unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.  

2. Ayat yang betul ialah Pekerjaannya ialah penternak ikan. 

Tatabahasa09.06.2010
bagaimana kaedah penulisan sesuatu skrip dilaksanakan?sama ada dalam bentuk dialog, karangan atau selain itu?

Ada beberapa kaedah dalam penulisan skrip drama pentas. Lazimnya ada dua cara, iaitu

1.  Nama watak : dialog

Contoh:

Amin: Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.

2.                                      Nama watak:

                                              dialog

Contoh:      

                                             Amin:

         Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.

 

Sekian, terima kasih.

Lain-lain24.08.2009
apakah fungsi sastera moden?

Antara fungsi sastera moden ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein).

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang.

      -   Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.

      -   Novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman

      sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu

      Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan).

5.   Berfungsi sebagai menghibur.

 Sekian dan salam. 

 

Lain-lain28.03.2009
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain.

Jawapan yang betul  ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya,

1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji

2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.

3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan.

4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum.

5. Mereka berjuang bermati-matian.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402.

Tatabahasa22.03.2011
apakah konsep,fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden

Salam. Berhubung dengan soalan tersebut, sdr. boleh mendapatkan maklumat lengkap dengan merujuk kepada buku berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu - Siri Lestari Sastera, terbitan DBP 2006. Sehubungan itu, antara fungsi dan peranan sastera ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca atau pengarang. Contoh  -  puisi-puisi merdeka  mengetengahkan semangat berjuang dan juga novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pELANCONGAN) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikalasebenar. Contoh  -  karya berlatar luar negara - karya terjemahan seperti Madu Dalam Saringan, rRanjau Sepanjang Jalan

5.   Berfungsi sebagai menghibur.  

Sekian dan wassalam.

Lain-lain14.03.2009
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'?

Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu.

Tatabahasa16.04.2008

Kembali ke atas