Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ju.dul] | برجودول

Definisi : bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~ Kalung Kenangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ju.dul] | برجودول

Definisi : bertajuk: Buku yg ~ Misa Melayu itu sudah habis dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjudul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan.. Saya di sini ingin bertanya mengenai proses penerbitan buku, manuskrip saya berjudul 'Aku Ingin Cemerlang' telah diluluskan JKP pada 24/2/2012 dan dikhabarkan akan melalui proses pra cetak dan cetak pada akhir Jun ini. Masalahnya saya belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan status manuskrip saya walhal kini sudah berada di akhir Jun. Adakah saya tidak perlu menandatangani apa2 surat perjanjian? Atau berlaku kelewatan? Sekian terima kasih saya ucapkan atas maklum balas yang pantas drpd pihak tuan.

Sdr. Irfan. Saya sudah pun menjawab pertanyaan sdr. pada 7/6/2012 . Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.my. Untuk makluman sdr. mss. tersebut masih dalam proses penyuntingan ( setakat 27 Jun 2012).

Lain-lain23.06.2012
mencari penerbitan baru buku berjudul " Cadangan Penyelidikan dalam pendidikan " berwarna hijau (cover), tajuk sebenar kurang saya ingat cuma hampir sama dengan apa yang saya berikan. sila bagi respon

Sehingga kini tajuk sedemikian tiada dalam koleksi penerbitan baru DBP. Tapi saudara boleh merujuk bahan ini untuk panduan.

 1. Analisis data dalam penyelidikan pendidikan oleh Sulaiman Ngah Razali terbitan DBP tahun 2002

Analisis data dalam penyelidikan pendidikanSulaiman Ngah RazaliDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2002

Lain-lain22.02.2008
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong Merujuk makna 'pelopor' ialah  orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati  fokus dan kandungannya. Berdasarkan  tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan.  Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B.Lain-lain26.05.2010
salam, saya ingin tahu samaada buku berjudul hang jebat , cucu dato merah dan dang anum masih dipunyai olih penulis Mohd ali aziz dan kalau ada apa2 royalty dari buku buku tersebut. saya ada lah anak kepada encik mohd ali aziz. terima kasih.Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, tuan boleh menghubungi Puan Hawa Hawa Zurina binti Raie, Bahagian Harta Intelek DBP melalui talian 03-2147 9524 atau e-mel hawa@dbp.gov.myLain-lain18.09.2014
Salam, Saya telah menulis buku yang berjudul Tip dan Trik Usrah. Mohon pandangan dan nasihat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berhubung penggunaan kalimah "trik" dalam konteks budaya dan kesesuaian bahasa. Apakah trik itu dikaitkan dengan konotasi negatif sekiranya disandarkan kepada perkara baik. Sebagai contoh Trik Usrah. Mohon pandangan pihak Tuan/Puan Terima kasih.Dalam Kamus Dewan tip bermaksud petua, manakala trik bermaksud teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul. Trik dalam bahasa percakapan bermaksud helah dan dalam penggunaan harian penggunaan trik lebih banyak menggambarkan maksud tersebut. Oleh itu, dalam hal menamakan buku kami cadangkan pihak tuan menggunakan nama lain yang lebih tepat dan santun seperti Panduan Mendekati Usrah.Tatabahasa03.07.2012
Saya dalam proses menulis sebuah buku berjudul "JUTAWAN BUKU BESTSELLER". Adakah perkataan "bestseller" sesuai saya gunakan sebagai judul buku kerana perkataan "bestsller" lebih popular berbanding perkataan "terlaris".Padanan istilah bagi "best seller" ialah "buku laris". Oleh itu judul tersebut menjadi "Jutawan Buku Laris".Istilah16.07.2007
Saya ingin bertanya perkembangan manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM"?Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Pengarah Penerbitan, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my.Lain-lain10.02.2017
Ini rupa kedua surat soal saya yang berjudul Mendalami Binaan Pencukup. Saya menyunting surat asal saya kerana ada beberapa istilah yang saya sebut pada tempat yang tiada sepatutnya, seperti mengistilahkan "perbuatan melampau" pada kata "menjadi" walhal kata "menjadi" perbuatan tiada melampau dan mengistilahkan "perbuatan tiada melampau" pada kata "memandang" sedang “memandang" patut diberi istilah "perbuatan melampau". Beberapa ayat yang telah saya diperbaik daripada segi binaan supaya nampak lebih lancar dan lebih senang difahami. Haraf saya dimaafi kerana menghantar surat soal ini dua kali yang menyusahkan tuan membaca surat yang terlalu panjang ini dua kali juga. Tuan DBP, adakah rangkai kata seperti "bertujuan memuji alam" betul? Adakah rangkai kata (frasa) "memuji alam" bekerja pencukup atau pelengkap (istilah dalam Tatabahasa Dewan) kepada perbuatan tiada melampau (kata kerja tak transitif) "bertujuan"? Dapatkah rangkai kata perbuatan (frasa kerja) seperti "memuji alam" menjadi pelengkap? Lampiran saya berkenaan dengan soal yang saya anjurkan kepada Dr. Awang Sariyan. Saya juga mengharapkan kebijaksanaan tuan DBP dalam soal ini, oleh itu saya menyertakan surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan untuk tatapan tuan DBP juga. Harap tuan dapat mengorak simpul kesulitan saya. Terima kasih.Mengikut rumus Tatabahasa Dewan, frasa "bertujuan memuji alam" kurang tepat. Frasa yang betul dari segi rumus tatabahasa dan aspek maknanya ialah "bertujuan untuk memuji keindahan alam".Tatabahasa01.12.2016
Saya berminat tentang sebuah karya klasik Melayu lama berjudul Hikayat Raja Muda, bolehkah saya dapatkan maklumat dan nasihat mengenainya?

Hikayat Raja muda ialah salah sebuah cerota Penglipur Lara. Hikayat ini telah diceritakan semula oleh Pawang ana dan dicatat oleh Raja Haji Yahya dari Perak. Hikayat ini kemudian telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1964 berdasarkan naskhah R.O Winstesdt dan A.J Sturrock. Untuk membuat rujukan tentang Hikayat Raja Muda ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3 DBP, Kuala Lumpur atau ke Perpustakaan Negara Malaysia.

 

Lain-lain29.09.2008
Saya sangat berbesar hati jika DBP boleh mencetak semula novel yang berjudul PELAJAR TERBAIK oleh WAHBA. Jika ada,saya ingin memilikinya. Terima KasihPuan,

Insya-Allah, kami akan meneliti cadangan puan ini.
Lain-lain22.12.2012
12345

Kembali ke atas