Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ju.dul] | برجودول

Definisi : bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~ Kalung Kenangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ju.dul] | برجودول

Definisi : bertajuk: Buku yg ~ Misa Melayu itu sudah habis dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjudul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETER PAN

Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam

beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James

Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut

mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie

berjudul The Little White Bird (1902). Barrie

mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut

kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904).

Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan

pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter

Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis

novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir

James Matthew.

UMUM 
MUNCHAUSEN, BARON

Munchausen, Baron ialah nama tukang cerita

dan watak utama dalam buku kecil berjudul Baron

Munchausen’s Narrative of His Marvellous Travels

and Campaigns in Russia . Ia mula diterbitkan di

England pada tahun 1785. Jualannya sangat laris

hingga menyebabkan edisi yang lebih tebal

dihasilkan dengan banyak oleh pencetak. Edisi ini

menggunakan cakap besar dan berdegar-degar

yang berlebih-lebihan. Naskhah dalam bahasa

Jerman terbit pada tahun 1786. Pengarang buku ini

ialah Rudolph Erich Raspe (1737–1794), profesor

Jerman yang dibuang negeri dan tinggal di

London.

UMUM 
PIRENNE, HENRI

Pirenne, Henri (1862–1935) ialah ahli sejarah

Belgium . Dia terkenal kerana hasil karyanya

berjudul History of Belgium , sebanyak tujuh jilid

(1900–1932), yang dianggap sebagai karya

standard dalam bidang tersebut.

UMUM 
RABELAIS, FRANÇOIS

Rabelais, François (1494?–1553?) ialah ahli

humanisme Perancis yang menghasilkan dua

hikayat komedi yang berjudul Gargantua and

Pantagruel . Gargantua dan anaknya Pantagruel

ialah gergasi yang kuat makan. Dalam karyanya,

Rabelais menggunakan lawak jenaka untuk

mempersoal dan menguji institusi-institusi yang

paling penting pada zamannya. Misalnya, huraian

komedi tentang pendidikan Gargantua sebenarnya

mengkritik kaedah pendidikan pada masa itu dan

mengutarakan buah fikiran Rabelais sendiri dalam

perkara yang sama. Walaupun terkenal kerana

humornya yang agak kasar, Rabelais menulis

dengan serius tentang banyak perkara.

UMUM 
SPRING, HOWARD

Spring, Howard (1889–1965) ialah penulis novel

British yang terkenal dengan novel terlarisnya yang

berjudul My Son, My Son (1938). Novel ini

diterjemahkan ke dalam 11 bahasa dan telah

difilemkan. Novelnya yang lain termasuk Shabby

Tiger (1934), Fame Is the Spur (1940), These Lovers

Fled Away (1955), Time and the Hour (1957), dan

Winds of the Day (1964).

UMUM 
AQIDAT AL-NAJIN

Kitab usuluddin.  Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490).  Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya.  Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular.  Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.

SASTERAKitab
NOVALIS

Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von

Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah

puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night

(1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan

harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei

Christianity or Europe (1799), Novalis cuba

menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan

yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman

Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi

tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia

sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von

Ofterdingen.

UMUM 
PLUTARCH

Plutarch ( 46 S.M.?–120 S.M.? ) ialah ahli biografi

dan penulis Greek yang terkenal dengan

penghasilannya yang berjudul Parallel Lives of

Illustrious Greeks and Romans. Dia menulis Lives

atau biografi yang mengisahkan tentang sepasang

negarawan atau jeneral Greek dan Rom.

Perbandingannya sering kali dilakukan secara

paksaan tetapi Lives menyumbangkan sumber

penting dalam maklumat sejarah.

UMUM 
ALARCÓN, PEDRO ANTONIO DE

Alarcón, Pedro Antonio de (1833–1891),

pengarang Sepanyol. Dia dikenali kerana novel

pendeknya yang berjudul The Three-Cornered Hat

(1874), yang merupakan salah sebuah karya popular

dalam kesusasteraan Sepanyol.

UMUM 
SIENKIEWICZ HENRYK

Sienkiewicz Henryk (1846–1916) ialah penulis

novel Poland yang terkenal. Dia menerima Hadiah

Nobel bagi kesusasteraan pada tahun 1905. Novelnya

yang paling terkenal berjudul Quo Vadis? (1895).

Novel ini mengisahkan masyarakat Rom di bawah

pemerintahan Nero. Novel ini didramakan dan

dijadikan filem di beberapa buah negara.

UMUM 
12345

Kembali ke atas