Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ju.dul] | برجودول

Definisi : bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~ Kalung Kenangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ju.dul] | برجودول

Definisi : bertajuk: Buku yg ~ Misa Melayu itu sudah habis dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjudul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
theatre of the absurdteater absurdKesusasteraanTiadaTeater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd.
entitledberjudulPerpustakaanTiadaTiada
comic reliefkelegaan komikKesusasteraanTiadaAdegan yang melegakan buat sementara waktu ketika ketegangan aksi memuncak. Adegan ini biasa ditemui dalam drama tragedi. Contohnya, dalam drama berjudul King Lear oleh Shakespeare. Adegan dalam drama ini dapat dilihat melalui watak fool (badut) bergurau dengan Lear. Adegan ini juga ditemui dalam drama Shakespere berjudul Macbeth melalui watak penjaga pintu yang mabuk. Adegan yang melibatkan penakawan dalam cerita wayang kulit juga dianggap sebagai kelegaan komik. Lihat juga tragedi.
occasional poemspuisi peristiwaKesusasteraanTiadaPuisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf.
new journalismjurnalisme baruKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak Minta (1967).
platonismplatonismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato.
moral fictionfiksyen moralKesusasteraanTiadaFiksyen yang menonjolkan mesej moral. Fiksyen ini diperkenalkan oleh John Gardner. Dalam bukunya yang kontroversial berjudul On Moral Fiction (1978), Gardner menampilkan idea bahawa seni yang benar ialah seni yang bersifat moral dan berunsur pengajaran. Beliau memuji Hensy James, Leo Tolstoy, dan John Fowles kerana menghasilkan karya yang menunjukkan kebenaran moral yang tinggi, dan kebolehan meneroka kepada pembaca, dan menjelaskan nilai-nilai kemanusiaan. Sebaliknya, beliau mengkritik pengarang yang terlalu mementingkan aspek permukaan atau zahir fiksyen, sedangkan karyanya tandus dari segi moral. Menurut Gardner, terdapat karya yang cuba mengajar sesuatu kepada pembaca tetapi tidak bermoral. Karya seperti ini tidak termasuk dalam kategori fiksyen moral. Contoh fiksyen moral di alam Melayu ditemui dalam novel Saga oleh A. Talib Hassan, Iman Markisa oleh Azizi Abdullah, dan novel Bumi Manusia oleh Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia.
holographholografKesusasteraanTiadaDokumen yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. Contohnya dalam sastera Jawa, sesetengah karya yang dikarang oleh Ranggawarsita berjudul Serat Kalatida, dan dalam sastera Timur Tengah karya Ibn Zahirah yang bertajuk al-Fada�il al-Bahirah Fi Mahasin Misr wa al-Qahirah.
psychomachiapsychomachiaKesusasteraanTiadaBentuk naratif yang menunjukkan konflik personifikasi antara kejahatan dengan kebaikan. Contohnya, dalam sajak panjang Yunani pada kurun keempat berjudul Psychomachia hasil karya Prudentius. Istilah ini digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penggambaran alegori perjuangan antara yang baik dengan jahat. Psychomachia juga digunakan untuk membicarakan wacana naratif fantasi.
Aristotelian criticismkritikan AristotelesKesusasteraanTiadaKritikan yang mengikut kaedah analisis yang bercorak kehakiman, logik dan formal sifatnya yang digunakan oleh Aristotle dalam bukunya berjudul 'Poetics'.
12345678910...

Kembali ke atas