Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jum.lah] | برجومله

Definisi : mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jum.lah] | برجومله

Definisi : mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjumlah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Persatuan ini berjumlah 60 orang ahli yang terdiri daripada semua pelajar dari semua tingkatan terutamanya pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Adakah ayat tersebut betul?

Contoh ayat yang diberikan adalah betul

Tatabahasa05.04.2020
adakah penggunaan perkataan "masing-masing" di dalam ayat ni betul?: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 masing-masing telah dibuat pada 3.1.2015 dan 8.1.2015.Penggunaan masing-masing dalam ayat tersebut tidak tepat. Ayat yang tepat: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 pada 3.1.2015 dan 8.1.2015.Tatabahasa01.10.2015
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa?

Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.

Contoh:

1.     RM1 juta

2.     RM1 000 000.00

Ejaan11.03.2020
Salam Sejahtera, Saya telah mendapati bahawa Kerajaan akn melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mewujudkan dana berjumlah RM2 juta mulai tahun depan bertujuan menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam Bahasa Malaysia. Saya berhasrat untuk menulis buku teknologi untuk guru dan pelajar-pelajar dalam Bahasa Malaysia supaya semua rakyat Malaysia dapat belajar teknologi dengan Bahasa Kebangsaan. Saya ialah Guru Sains di Sekolah, saya berharap saya boleh menulis dan menerbitkan buku sains dan teknologi. Apakah buku yang sesuai saya tulis untuk menepati kriteria menerima ganjaran RM20,000? Sekian, terima kasih.DBP sedang menyediakan garis panduan dana tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Dr. Amran Joned (telefon: 0122440569).Lain-lain20.11.2011
Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi?Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi.Makna10.07.2016
Salam sejahtera kepada Puan-puan dan tuan-tuan,saya mengelirukan ayat ini.Adakah ayat ini ialah kesalahan ayat ataupun kesalahan tatabahasa yang diberikan?Saya berbesar hati mengumumkan bahawa secara dasarnya,kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 billion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan.Saya berbesar hati mengumumkan bahawa secara dasarnya, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 billion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan. Ayat ini betul.Tatabahasa16.07.2021
Salam sejahtera, Saya tidak pasti pola ayat di bawah: FN + FK 1. (Kami) (melawat ke Melaka.) *melawat ke Melaka -frasa kerja? walaupun terdapat kata sendi nama ke? 2. Tolong semak pola ayat dan ayat dasar yang saya muat naik. Kalau salah tolong beri penjelasan. Sekian, terima kasih.1. Pola ayat tersebut ialah FA + FK. FK kerana kata inti ialah melawat (KK), ke melaka merupakan keterangan.
2. Jenis pola ayat yang diberikan adalah betul kecuali berjumlah merupakan kata kerja. Berjumlah bermaksud mempunyai jumlah.
Tatabahasa02.10.2019
sila sahkan penggunaan ayat yang betul pada file yang saya sertakan. terima kasih

Lafazkan...

"aku Terima..."

pada ketinggian

421 meter,

di Menara

Kuala Lumpur

(Sila ambil perhatian titik elipsis selepas ungkapan "Lafazkan" berjumlah tiga sahaja "..." bukan enam seperti yang dikemukan pihak puan)

 

Ejaan18.12.2008
Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami adalah dikenakan cukai sebanyak RM __________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM 32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM __________ seperti yang ditunjukkan berikut: - Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjuk diatas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesah dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah ditaksirkan. Terima kasih."Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami  dikenakan cukai sebanyak RM__________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM__________ seperti yang berikut: Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjukkan di atas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesahkan dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah selesai ditaksirkan.Tatabahasa07.06.2012
Jabatan ini ingin mendapatkan perkhidmatan menterjemah Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (KKPP) 2009 yang disediakan dalam versi Bahasa Melayu untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris. KKPP mengandungi 100 muka surat (9 teks dan 82 berbentuk borang) Samaada pihak Dewan menyediakan perkhidmatan terjemahan tersebut dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan bagi teks berjumlah seperti yang dinyatakan. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara,no. telefon 03-41497210  atau Persatuan Penterjemah Malaysia,no. telefon 012-2067076.Lain-lain22.05.2009
12

Kembali ke atas