Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.dar] | برقدر

Definisi : berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.dar] | برقدر

Definisi : berimbang dgn kadarnya; menurut atau mengikut kadarnya: Tekanan gas ~ songsang dgn isi padunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkadar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proportional systemsistem berkadarSains PolitikPolitik PerbandinganLihat perwakilan berkadar.
proportgional taxcukai berkadarEkonomiTiadaCukai yang kadarnya tidak berubah walaupun nilai asal cukai berubah. Dalam cukai berkadar, kadar cukai sut sentiasa sama dengan kadar cukai purata. Misalnya, cukai jualan sebanyak 5% dikenakan terhadap jumlah jualan tanpa mengira jumlah jualan tersebut.
bond swapswap bonPentadbiran PerniagaanTiadaPenjualan terbitan bon berkadar rendah untuk menebuskan kembali bon berkadar tinggi yang sedia ada.
synchronous speedlaju segerakTeknikElektrikLaju putaran medan magnet yang berkadar terus dengan frekuensi bekalan dan berkadar songsang dengan bilangan kutub.
substitution swapswap gantianPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk swap bon iaitu pelabur menukarkan bon yang berkadar hasil rendah dengan bon berkadar hasil lebih tinggi, walaupun kedua-dua bon mempunyai ciri yang sama.
Graham's LawHukum GrahamKimiaTiadaHukum yang menyatakan kadar resapan gas adalah berkadar songsang dengan punca kuasa dua ketumpatan gas tertentu, atau berkadar songsang dengan punca kuasa dua jisim molekul relatif.
drug accumulation ratekadar ubat terkumpulPerubatanTiadaKecepatan sesuatu ubat terkumpul di dalam badan yang berkadar terus kepada kadar pemberian dan berkadar songsang dengan kadar perkumuhan ubat. Apabila organ perkumuhan gagal berfungsi, sesuatu ubat akan terkumpul dengan cepat dan boleh menyebabkan toksisiti walaupun menggunakan dos biasa.
law of accelerationhukum pecutanSains SukanBiomekanikHukum Newton Kedua yang berkaitan dengan pergerakan. Hukum ini menyatakan bahawa pecutan berkadar terus dengan daya dan berkadar songsang dengan jisim. Perkaitan antara pecutan jisim dan daya dinyatakan sebagai: F = ma atau F = mg iaitu, F = daya, m = jisim, a = pecutan, g = pecutan graviti
effusionefusiKimiaKimia AnalisisPengeluaran gas di bawah tekanan melalui suatu bukaan. Kadar pengeluaran ini (efusi) berkadar terus kepada luas bukaan itu. Kadar efusi relatif gas-gas adalah berkadar songsang kepada punca ganda dua berat molekul masing-masing. Asas ini digunakan secara amalinya untuk menyelidik tekanan wap rendah dan berat molekul gas-gas. Alatan yang digunakan untuk tujuan ini disebut Knudsen.
reluctanceenggananTeknikElektrikTentangan terhadap aliran fluks magnet. Bahan magnet mempunyai engganan yang rendah berbanding dengan bahan bukan magnet. Nilainya berkadar terus dengan panjang litar dan berkadar songsang dengan luas muka keratan. Engganan diukur dalam unit oersted.
12345678910...

Kembali ke atas