Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.la] | برکالا

Definisi : (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.la] | برکالا

Definisi : berulang-ulang diterbitkan pd waktu yg tetap (bkn majalah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkala


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjaga kesihatan. 2.Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjamin kesihatan. 3. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk badan sihat. 4.Nenek menjalani pemeriksaan berkala supaya badan sihat. Adakah ayat-ayat di atas betul? Sekian,terima kasih.

Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah:

1. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjaga kesihatan.

2. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk badan sihat.

3. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjamin kesihatan yang baik.

4. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk memastikan kesihatan terjamin.

Tatabahasa01.04.2024
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan.Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Ejaan14.12.2017
Salam sejahtera, Nenek menjalani pemeriksaan berkala sebulan sekali di klinik kesihatan. sebulan sekali atau sekali sebulan? Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah “Nenek menjalani pemeriksaan berkala sebulan sekali di klinik kesihatan”.Tatabahasa03.04.2024
1) Sehelai atau sekeping kertas? 2) Sekeping atau sehelai wang kertas? 3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala ke atas nenek saya. (Gramatis?) 4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (Gramatis?)Jawapan soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Jawapan soalan (4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (ayat yang gramatis). Tatabahasa22.02.2019
HALO,ASKUM, SY NK TANYA TENTANG MAKSUD AYAT GRAMATIS DLM CERPEN YG SESUAI DENGAN ZAMAN KINI,IAITU=TERKEKEH,SECARA BERKALA,BUNGKAM,DAN SAYA NAK TAHU PERBEZAAN AYAT GRAMATIS DAN DRAMATIS?

Waalaikumusslam wbk. 

Gramatis dalam cerpen bermaksud ayat yang dibina adalah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam hal ini ayat yang dibina adalah lebih menarik dibaca atau berseni. Maksud ayat:

i.     Terkekeh bermaksud ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak. Binaan ayat dengan kata sifat   ini dibenarkan dalam cerpen kerana ia jelas dan menarik. 

ii.     Berkala (keluar, terbit, dsb) bermaksud berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu).

iii.    Bungkam bermaksud tidak bersuara (bercakap dll), diam.

Perbezaan ayat dramatis ialah ayat yang dibina oleh penulis drama mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa dan sifatnya lebih jelas, berseni dan menarik.

Lain-lain20.03.2008
Jika berkesempatan dan berkemampuan, buat semakan secara berkala agar entri sentiasa yang terkini - termasuk ruang Khidmat nasihat. Jika ada yang silap, mohon padamkan segera untuk elakkan kekeliruan pengguna. Jangan sekadar mohon maaf, tapi tiada pengemaskinian. Jika boleh, percepatkan kemasukan istilah baru dan masukkan juga bahasa percakapan yang lazim dan tak dapat "dibendung" lagi, seperti awek, kantoi, dll. Namun, tandakan dengan "bp" seperti biasa yg DBP buat. Ia tetap bahasa orang kita - jika pihak DBP tak dapat terima hakikat bahawa sesuatu bahasa itu datang daripada orangnya, habislah. Terlalu banyak perkataan yang "tidak diterima" sampaikan agak lambat berkembang.
Terima kasih  dan  kami  akan  menggambil maklum atas teguran yang dinyatakan.
Kami akan berusia membaiki maklumat dalam khidmat nasihat DBP dari semasa ke semasa. 


Lain-lain02.10.2020
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk menggambarkan: (a. beberapa artikel yang diterbitkan secara berkala setiap bulan, diringkaskan isi kandungannya) dan proses ini (a.) diulang setiap bulan yang akan datang. Edisi Pertama atau Terbitan Pertama? Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai ialah "sebuah", seperti sebuah buku dan sebuah majalah.Lain-lain07.08.2019
Sila rujuk lampiran fail. Terima kasih. soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Bolehkah saya tahu mengapa sekeping wang kertas dan bukannya sehelai wang kertas; sedangkan penjodoh bilangan bagi kertas ialah sehelai? Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? - Doktor Aminah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. - Nenek saya menjalani pemeriksaan berkala di hospital kerajaan.
  1. Penjodoh bilangan untuk wang kertas ialah sekeping. Ini kerana wang kertas berbentuk nipis atau pipih. Sedangkan penjodoh bilangan sehelai sesuai digunakan untuk benda yang nipis dan lebar.
  2. Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul dari segi penggunaan tatabahasanya.
Tatabahasa27.02.2019
berikan maksud jurnal berserta jenis-jenis jurnal.terima kasihJurnal ialah terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu
(biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). Terdapat pelbagai jenis jurnal mengikut bidang, misalnya jurnal berkaitan bahasa, sejarah, politik, sains dan lain-lain.
Makna14.03.2013
Apakah terjemahan yang paling tepat untuk istilah "intermittent fasting"?Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan intermittent fasting ialah puasa berkala.Istilah19.02.2021
123

Kembali ke atas