Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.la] | برکالا

Definisi : (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.la] | برکالا

Definisi : berulang-ulang diterbitkan pd waktu yg tetap (bkn majalah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkala


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JADUAL BERKALA UMUM 
MAJALAH

Majalah ialah satu koleksi rencana atau kedua-

duanya sekali, yang diterbitkan secara berkala.

Kebanyakan majalah mengandungi ilustrasi.

Majalah, dalam bahasa Inggeris juga dikenali

sebagai periodical (berkala) manakala penerbitan

yang cenderung kepada akademik dikenali sebagai

jurnal.

UMUM 
MENDELEEV, DMITRI IVANOVICH

Mendeleev, Dmitri Ivanovich (1834–1907)

ialah ahli kimia Rusia yang mencipta suatu bentuk

hukum berkala, iaitu prinsip asas dalam kimia.

Hukumnya menyatakan bahawa sifat-sifat unsur

kimia berulang mengikut pola yang tetap apabila

unsur-unsur itu tersusun mengikut berat atomnya.

Usaha Mendeleev, berserta usaha ahli kimia

Jerman, Julius Lothar Meyer, melahirkan jadual

berkala, iaitu susunan unsur secara sistematik (lihat

Unsur kimia [Jadual berkala unsur]).

UMUM 
DIOPSID

Diopsid ialah mineral dengan kilauan berkala

yang terdapat dengan banyak. Diopsid kadangkala

digunakan sebagai batu permata (lihat Permata

[gambar]). Ia tergolong dalam kumpulan

mineral pembentuk batuan yang dinamakan

piroksen.

UMUM 
RESENSI BUKU

Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan

dalam surat khabar atau majalah berkala yang

mengumumkan penerbitan buku baru,

menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai

resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan

kemampuan orang yang membuat resensi dan juga

keadilannya dalam membuat penilaian terhadap

buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi

harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang

subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan

menganalisis karya, dan standard kritikan yang

tinggi. (Lihat Kritikan ).

UMUM 
MEYER, JULIUS LOTHAR

Meyer, Julius Lothar (1830–1895) ialah ahli

kimia Jerman yang membuktikan perhubungan

antara berat atom dengan sifat sesuatu unsur.

Hasil kajiannya bersama-sama dengan seorang

lagi ahli kimia Rusia, Dmitri Mendeleev telah

membuka jalan ke arah perkembangan carta

berkala unsur, yang mengelaskan unsur menurut

tertib berat atom masing-masing di samping

membuktikan bahawa kumpulan unsur tertentu

mempunyai sifat-sifat yang serupa. Dalam jadual

berkala yang moden, unsur dimasukkan ke dalam

kumpulan menurut tertib nombor atom (bilangan

proton dalam setiap nukleus). Lihat Unsur kimia

(Jadual berkala).

UMUM 
TETANI

Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan

dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan

sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh

kekejangan otot secara berkala dan sedikit

perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan

yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan

berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas

dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot

barangkali merebak ke muka, badan dan

kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa

sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca

daripada kekurangan bahan garam kalsium atau

ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan.

UMUM 
ASMA

Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan

nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang

penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan

mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya

termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa

menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit

semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin

tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia

kelemasan.

UMUM 
ZHU KEZHEN

Zhu Kezhen (1890 –1974), ahli sains China dan

pakar yang terkenal dalam bidang klimatologi, iaitu

sains tentang iklim. Dia yang memperkenalkan

fenologi, iaitu kajian tentang berlakunya peristiwa

alam secara berkala, seperti migrasi haiwan

mengikut musim. Dia juga ahli sains pertama

yang mempelajari sejarah astronomi di China.

UMUM 
SARI

SARI, jurnal bahasa.  Jurnal ini diterbitkan sebagai Terbitan Tak Berkala pada tahun 1975 oleh Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Antara para penyumbangnya ialah E. T. Magannon, Muhammad Haji Salleh, C. W. Watson, W. R. Roff, C. Hooykaas, A. Hendrato, Russell Jones, R. Roolvink, dan E. O. van Reijin.

BAHASAKonsep
12

Kembali ke atas