Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.li.ka.li] | برکالي - کالي

Definisi : beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.li.ka.li] | برکالي - کالي

Definisi : berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkali-kali


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iteroparityiteroparitiBiologiEkologiHaiwan yang membiak berkali-kali sepanjang hayatnya. Misalnya, rusa, dan katak. Bandingkan semelpariti.
calderakalderaGeografiTiadaLekukan volkano berbentuk bulat yang garis pusatnya berkali-kali lebih besar daripada garis pusat lohong volkano.
calderakalderaGeologiTiadaLekukan volkano berbentuk bulat yang garis pusatnya berkali-kali lebih besar daripada garis pusat lohong volkano.
tandem repeatsulangan tandemBiologiGenetikJujukan DNA yang terdiri daripada jujukan yang diulang berkali-kali.
magnetic mediamedia magnetPentadbiran PerniagaanTiadaAlat untuk menyimpan data dan bunyi dan boleh digunakan berkali-kali seperti kad magnet, cakera dan kaset.
Erasable Programmable Read Only Memory (EPROM)Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara-PadamTeknologi MaklumatTiadaIngatan baca sahaja yang kandungannya boleh berkali-kali diatur cara dengan menggunakan pengatur cara EPROM dan di padam dengan menggunakan tatacara sinar ultra ungu. Lihat ingatan baca sahaja boleh atur cara.
logic bombbom logikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKod hasad yang tercetus apabila berlaku keadaan tertentu. Bom logik akan menyalin suatu proses berkali-kali dengan menggunakan arahan seperti fork dalam UNIX sehingga pemproses terbeban dengan timbunan proses lewah. Contohnya, virus April Fool yang tercetus pada tarikh 1 April.
WORM (write once read many)WORM (tulis sekali baca banyak )Teknologi MaklumatTiadaSistem storan cakera optik yang membenarkan tulisan dibuat hanya sekali tetapi boleh dibaca berkali-kali.
Read Only Memory (ROM)Ingatan Baca Sahaja (ROM)Teknologi MaklumatTiadaIngatan yang kandungannya (data atau program) tidak boleh hilang walaupun tiada bekalan kuasa elektrik tetapi boleh dibaca berkali-kali. Bagaimanapun mod capaian ROM masih berbentuk capaian rawak. Semua atur cara yang digunakan semasa mengebut komputer (contohnya BIOS) di simpan dalam ROM. Juga dikenali sebagai perisian tegar.
saline waterair masinHidrogeologiTiadaAir yang mengandungi cukup garam terlarut sehingga mempunyai rasa mineral yang tertentu, terutama air yang mengandungi cukup natrium klorida untuk menimbulkan rasa masin. Untuk kebanyakan tujuan, USGS telah mentakrifkan air masin sebagai air yang mengandungi kepekatan berkali-kali lebih tinggi dari nilai ini diminum juga bila tidak terdapat air yang lebih baik, terutama sekali bila kloridanya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan anion yang lain seperti sulfat dan bikarbonat. USGS telah mengelaskan air masin mengikut jumlah kandungan pepejal terlarut (Robinove drr. 1958) seperti berikut: Jumlah pepejal terlarut Agak masin 1,000-3,000 mg/l Sederhana masin 3,000-10,000 mg/l Sangat masin 10,000-35,000 mg/l Berpekasin lebih dari-35,000 mg/l
12

Kembali ke atas