Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.li.ber] | برکاليبر

Definisi : mempunyai kaliber (kecekapan berfikir dll): wartawan-wartawan yg ~ lagi bertanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.li.ber] | برکاليبر

Definisi : mempunyai kaliber. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkaliber


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
battleshipkapal tempurSukanTiadaKapal berperisai berat yang membawa kelengkapan meriam yang berkaliber tinggi dan pantas serta dilengkapi dengan peralatan menembak anti pesawat udara.
battleshipkapal tempurSains PolitikTiadaKapal berperisai berat yang membawa kelengkapan meriam yang berkaliber tinggi dan pantas serta dilengkapi dengan peralatan menembak anti pesawat udara.
pay followergaji ikutanPentadbiranTiadaSyarikat yang membayar gaji rendah daripada kadar biasa kerana keadaan kewangannya yang kurang stabil ataupun mempercayai mereka tidak memerlukan pekerja yang berkaliber.
leadership of examplekepemimpinan melalui teladanPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang menekankan model kepimpinan yang cemerlang. Model ini mengutamakan ciri-ciri, teladan dan sifat unggul yang dimiliki oleh seseorang pemimpin yang boleh memberi kesan positif dan menjadi ikutan orang ramai. Pemimpin sentiasa diharapkan berperilaku baik dan memiliki sifat kepimpinan yang mantap, bertanggungjawab, berkaliber, berdedikasi, bermoral tinggi serta sedia berkhidmat kepada orang ramai. Hal ini kerana mereka sentiasa menjadi perhatian dan rujukan awam. Slogan ini dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia.

personnel developmentpembangunan personelPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah yang digunakan oleh majikan bagi meningkatkan kecekapan, inovasi dan kreativiti kakitangan dalam organisasi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kaedah ini merupakan satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia yang utama yang bukan sahaja mencakupi pendedahan dalam konteks program latihan dan pembangunan kakitangan, malah merangkumi dua proses penting, iaitu perancangan kerjaya dan penilaian prestasi. Tiga aspek utama yang ditekankan dalam kaedah ini ialah latihan dan pembangunan, perancangan kerjaya dan penilaian prestasi. Aspek latihan dan pembangunan dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan kakitangan yang berkaliber, berdaya saing dan mahir, di samping memberikan pendedahan dari segi pembelajaran yang lebih efisien. Manakala aspek perancangan kerjaya merupakan suatu proses berterusan yang harus dirancang dan ditetapkan matlamat kerjaya. Dalam konteks ini, pembangunan kerjaya dilihat sebagai asas kepada pekerja untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh organisasi. Walau bagaimanapun, majikan harus memainkan peranan penting dalam membantu pekerja mencapai matlamat organisasi. Aspek terakhir ialah aspek penilaian prestasi yang digunakan untuk menilai prestasi dan tahap kecekapan pekerja. Penilaian prestasi biasanya dilaksanakan setahun sekali untuk tujuan penetapan ganjaran kakitangan. Aspek ini mendedahkan kelemahan dan kekuatan kakitangan dan seterusnya boleh membantu mereka memperbaik kelemahan dan mempertingkatkan prestasi ke arah pencapaian matlamat organisasi.


Kembali ke atas