Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kam.puh] | برکامڤوه

Definisi : memakai kampuh sbg selimut dll, berselimut dll dgn kampuh; pisau ~ pisau yg bermata dua pd hujungnya; dek sukar ~ ijuk, nan adat diturut jua Mn prb bagaimana miskin sekalipun, adat terpaksa diturut juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkampuh

Peribahasa

Berhubung kerana hendak panjang,
     berkampuh kerana hendak lebar.

Bermaksud :

Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN BUGIS

KAIN BUGIS, kain tenunan berasal dari Sulawesi. Kain bugis diperbuat daripada tenunan benang sutera atau benang kapas halus dengan menggunakan kek sadang belakang dan ditenun oleh kaum wanita Makasar dan Bugis sebagai punca pendapatan keluarga. Kain bugis telah menjadi industri kampung menggunakan kek lantai dan torak terbang. Oleh itu, kain bugis yang asli biasanya berkampuh dua manakala kain bugis masa kini tidak berkampuh.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN SELERANG

KAIN SELERANG, kain sarung yang dihasilkan tanpa berkampuh. Kain ini ditenun menggunakan kek Melayu kecuali kain corak Pahang yang menggunakan kek siam. Kek siam digunakan kerana lebih cepat dan boleh menghasilkan dua hingga tiga helai sarung dalam sehari. Kain sarungnya juga lebih lebar dan panjang daripada kek Melayu.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas