Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kan.ji] | برکنجي

Definisi : 1. ada kanjinya, mempunyai kanji: tepung gandum ialah makanan yg ~; 2. keras dgn kanji (bkn pakaian): berseluar bersih yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kan.ji] | برکنجي

Definisi : 1 terdapat kanji di dlmnya: Beras, tepung gandum dan ubi kayu ialah jenis makanan yg ~. 2 keras (bkn pakaian) kerana dibubuhi kanji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkanji


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALTOSA

Maltosa ialah nama kimia bagi gula malt.

Pembentukan maltosa ialah langkah pertama dalam

proses pencernaan makanan berkanji. Enzim ptialin

dalam air liur menukarkan kanji ke maltosa. Enzim

lain memecahkan maltosa ke glukos (lihat Glukos).

UMUM 
TARO

Taro ialah tumbuhan tropika yang dijadikan

makanan. Bahagian tumbuhan ini yang boleh

dimakan terdiri daripada satu atau lebih batang

bawah tanah yang besar dan berkanji. Tumbuhan

ini ditanam di banyak kawasan tropika yang basah

termasuk Hawaii, Kepulauan Caribbean, dan Afrika

Barat. Beberapa jenis tumbuhan ini yang berbeza

ditanam. Dikenali sebagai taro di kawasan Pasifik,

ia dikenali sebagai eddo atau dasheen di

Kepulauan Caribbean, dan cocoyam di Afrika Barat.

Taro berkaitan rapat dengan tumbuhan hiasan

yang dikenali sebagai telinga gajah dan caladium .

Pengelasan saintifik. Taro tergolong dalam famili

arum, Araceae. Ia adalah Colocasia esculenta .

Lihat juga Telinga gajah.

UMUM 
ASETON

Aseton ialah bahan kimia industri yang penting.

Kegunaan utamanya ialah dalam pembuatan

sebatian lain. Pengeluaran aseton secara

komersial dibuat daripada isopropil alkohol,

dengan menggunakan pemangkin seperti loyang

atau tembaga. Jagung dan lain-lain bahan berkanji

juga merupakan sumber aseton. Untuk

mendapatkan aseton, bahan ini ditapai dengan

bakteria khusus kemudian disuling.

UMUM 
PULUTPULUT,  sejenis beras yang lebih berkanji dan melekit yang juga dikenal sebagai beras ketan.  Pulut dimasak secara ditanak atau dikukus.  Pulut tanak kerap dimakan bersama-sama pengat durian atau di campur dengan bubur kacang seperti yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia.  Pulut tanak juga boleh dimakan bersama-sama kelapa parut dan ikan kering goreng.BUDAYAMakanan

Kembali ke atas