Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.rang] | برکارڠ

Definisi : digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.rang] | برکارڠ

Definisi : 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penya­kit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.rang] | برکارڠ

Definisi : digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkarang

Puisi
 

Dua belas pantun berkarang,
     Pantun Melayu anak Semarang;
Kami laksana kain yang jarang,
     Dijual tidak dibeli orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkarangdigubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkarangdigubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkarang1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penya­kit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai;Kamus Dewan Edisi Keempat
karang II; berkarang digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. mengarang 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. karang-mengarang hal-hal ttg mengarang cerita dll. karangan 1 sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2 dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. pengarang 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjambak-jambakberkarang-karang, be­rang­kai-rangkai: daun pokok itu tumbuh ~ spt rambut; di langit dilihatnya awan putih berarak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
karang IIberkarang digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. mengarang 1. mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2. membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. karang-mengarang hal-hal ttg mengarang cerita dll. karangan 1. sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2. dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. pengarang 1. tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll. 2. orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi.Kamus Pelajar
karang IIsunting, gubahan (bunga dll); berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; mengarang 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; mengarangkan mengarang utk seseorang; terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15; karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. re­kaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; pengarang 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
rambu-rambukumpulan benang dll (spt benang berkarang dgn manik) yg dibiarkan atau yg dipasang berjuntai pd tepi kain; rumbai: tombak ~ tombak yg dilekati rambu-rambu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jentutangkai bunga (yg terbesar pd bunga yg berkarang).Kamus Dewan Edisi Keempat
rambu I, = rambu-rambu kumpulan benang dll (spt benang berkarang dgn manik) yg dibiarkan atau yg dipasang berjuntai pd tepi kain; rumbai: tombak ~ tombak yg dilekati rambu-rambu. berambu, = berambu-rambu dilekati rambu-rambu; berumbai: tirai ~ tirai yg berumbai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas